Pages

Tora Datang Lagi

Tora datang lagi dengan Mainan Cinta, kata Mat Sentul dalam Tivi.

Di hadapannya, ada seorang budak kecil, lelaki, masih berhingus mentah, sedang teruja.

Wah, Wah. Iklan Tora baru. Mainan Baru, Suka-suka, kata Boboy. Boboy memang tak pernah mis beli Tora. Sejak dulu, lagi. Boboy Tak pernah tak miss barangan dan mainan Tora. Bak kata orang, Boboy ini memang pengumpul mainan Tora yang tegar lah. Yang no-1. Sebut apa saja nama mainan Tora, pasti Boboy kata 'Ada'. Askar Bunian? Boboy ada. Pedang Sakura Membelah Galaksi, Boboy ada. Gasing Keramat Bumi Bergempa? Boboy ada.

Pendak kata semua Boboy ada. dan Dia simpan dan susun dalam satu almari kaca kristal yang dibuat secara tangan diimpot dari negara Ireland.

Boboy tekun saja lihat iklan itu. Mata dia tak berkelip sejak iklan itu bermula.

Dalam tivi pula, Mat Sentul sedang mendemostrasikan mainan itu sambil tersengih-sengih dan gaya bercakap pula seperti penjual ubat di kaki lima.

[Sambung nanti]

Randum

Cinta datang lagi dengan Ding-dang.

Asap berkepul-kepul, lalu muncullah seorang ninja.

Labah-labah bertukar menjadi siput.

*Serius. Memang randum*

Malaysia 2 - Man Utd 3

Kuat betul Malaysia kasi bolos Manchester sampai 2 goal. Kalau Arsenal lawan Manchester ini kompem la, Arsenal boleh 13 goal ni. Silap-silap Almunia pun buleh skor.

Tok sah kata Manchester kasi can la.

Avakadabra

"Aku bimbang la nak sebut nama belog kau ni?" kata Ahmad.

"Kenapa?" tanya aku.

"Yelah. Bimbang. Takut-takut aku terbunuh orang ke. Tak ke naya aku" kata Ahmad lagi.

"Eh, pesal lak?" respon aku.

"Ye ar. Dalam Harry Potter, nama belog ko ini spell membunuh. Aku takut kalau aku sebut, lalu terbunuh orang. Misal kata Sordi ke" terang Ahmad. Muka Selamba.

Apa perlu aku lakukan kepada Ahmad , selaku aku watak hero dalam cerita ini?

Tempeleng laju-laju rasa sudah memadai.

Reviu Cincai: Harry Potter and The Half Blood Prince

Kalau kau masuk mengharapkan aksi magik berterusan dalam movie ini. Kau silap. Kau silap kalau kau masuk mengharapkan satu ajaran magik yang berguna untuk kau.

Harry Potter and The Half-Blood Prince adalah satu cerita untuk peminat sahaja. Kalau kau tak tahu apa-apa tentang Harry Potter. Memang kau kata tak best. Dan aku kata best. Sebab?

Aku ikuti filem nya dari nomber 1-6. Aku pernah baca kesemua novelnya. Dan aku suka Ema Watson.

Okeh. Reviu cincai bermula sekarang.

Jalan cerita yang menarik dan betul-betul sama dengan novel nya. Hampir tiada kecacatan dalam storyline. Tapi Sub-plot dalam novel banyak dibuang untuk memuatkan cerita penting untuk cerita 2jam 30 minit. Tapi takpa. Kalau dimuatkan juga, pasti 23jam belum tentu habis. Mungkn la.

Dunia magik yang diimaginasi kan oleh J.K Rowling (Penulis Novel Harry Potter) di cgi kan dengan sempurna. Sama dengan movie yang lepas-lepas.

Harry Potter dan rakan-rakan yang semuanya sudah bermuka matang. Ohh..Comel betul Ema Watson. Tak lupa juga, makwe baru Harry Potter.

Aku sebenarnya tak tahu apa yang mahu direviu, sebab cerita kali ini, lebih kurang sama dalam novel dia yang ke 6 yang aku anggap zaman muram Harry Potter. Ramai orang yang dia sayang mati.

Jadi, kalau kau berdegil jugak mahu menonton, tapi lepas itu kau kata tak best, memang kau silap. Cerita ini lebih baik dari Transformer 2 dari segi cerita.

Oleh itu, sila baca novel dia atau tonton filem lepas-lepas agar kau dapat rasa kemagikan dunia Harry Potter.

Rating: 4/5

p/s: Dengar cerita, Public Enemy best jugak. Anda bagaimana?

Semua itu mimpi.

Serius. Gua mengantuk. Buleh gua berlari-lari, menahan ombak, dan berkejaran di tepi pantai bersama-sama gadis omputih?

Atau bermain gusti lengan dengan Ema Watson. Mungkin, belajar biologi dan matematik bersama cikgu Heliza?

...

Semua itu mimpi.

Hari Rabu

Biasanya. Pada hari Ahad. Ampaian di rumah sewa aku akan penuh dengan baju-baju yang berbasuh dari rakan serumah aku. Menyebabkan tiada tempat lagi untuk aku menjemur baju jika aku buat aktiviti basuh pada hari yang sama.

Tapi takpa. Aku jenius. Lantas, Aku telah mengeluarkan satu arahan iaitu;

"Hari Rabu. Hari Basuh Baju Aku. Kalau Sapa-sapa basuh baju hari tu. Aku bakar baju dia"

Harap-harap mereka dengar. Jika tak, aku akan berpesta unggun api setiap hari Rabu.

Oh, tak. Ini bukan kejam. Ini peringatan. Hehehe.

p/s: baca sesi hati ke hati antara aku dan Hajime di sini.

Karya Buruk: Web Stail Typography

Boleh klik untuk besar. Jangan bimbang. Aku tak marah.

Aku baru cuba-cuba dengan pembikinan website sendiri. Masih baru sampai tahap belajar guna photoshop. Dan belum sampai tahap coding html dan css lainnya. Aku takut belajar sendiri, dikatakan belajar sendiri bermaksud, belajar dengan syaiton. Rasanya lah. Aku ingat kabur-kabur sapa kata tu.

Owh, hari ini? Kelas petang. Dan masih belum menempah tiket wayang Harry Potter 6. Aku jangkakan akan menonton pada malam kepada Khamis. Kalau tak penat, mungkin aku akan menulis reviu tentang filem itu, selepas menonton. Atau keesokkan harinya. Harap la.

p/s:Rasa tak lawa pulak design tu.Anda Bagaimana?

Ini cerita aku mahu hantar untuk Projek Antologi Fantasi SFP. Harap-harap tak kena rejek.

Pokok Cinta yang aku beli, belum lagi buahkan cinta.

Mahal tu beb, kata kawan aku bila aku kata harga pokok cinta itu 100 Juta Internet. Kau memang gila.

Aku kata, tak mengapa. Aku yakin dengan pokok ini. Satu hari nanti, bila berbuah. Jangan harap aku beri satu buah pada kau.

Kawan aku mula mengejek-ejek aku. Tak apa. Biarkan suara mengejek. Biarkan mata menghina. Apa-apa pun, aku yakin dengan kata-kata penjual itu. Yang penjual tu bilang, Pokok Cinta ini sensitif. Kau kena belai dia, jaga dia, beri kata-kata manis pada dia. Baru lah keluar hasil. Makan masa untuk hasil. Yang penting, cuba. Untuk saudara, saya kasi diskaun 20%. Jadi harga 120 Juta Internet. Saudara guna Visa atau Mastercard?

Visa, kata aku. Spontan.

+++++++

Kini sudah setahun pokok cinta itu berada di laman rumah aku.

Terbiar.

Masih lagi hidup.

Cuma kelihatan kekurangan zat.

Terima kasih kepada hujan dan matahari yang sentiasa membantunya untuk terus bernyawa. Malang sekali. Ia masih tak berbuah dan aku masih tidak dapat hasilnya. Mungkin ia terlalu sensitif. Atau aku yang kurang belai ia?

Hmm..

Perlu aku bacakan sajak romatik? Atau belikan hadiah untuk tiap kali bertemu? Kasi sejambak ros mungkin?Atau Bikin satu suprise dinner?

Ah, gila. Ini hanya sebatang pokok. Tak mungkin aku kena buat semua-semua itu untuk membuahkan cinta. Asal aku tahu dia sihat dan masih bernyawa. Sudah memadai.

Sudah memadai.

Rasanya.

Kot.

p/s: aku dah salah eja "mengelakkan" bukan menggelakkan untuk entri yang lepas. Mintak maap ya?

Nerd Tapi Malas: Apa itu Browser?

Macam biasa, hari ini aku tak buat apa- apa. Plan ingat nak jalan-jalan. Tapi memandangkan semua orang malas nak keluar. Aku pun pusing-pusing dalam rumah macam orang gila. Sekali pusing, okay. Dua kali pusing. Okay lagi. Tiga kali pusing. Pening. Empat. Terbaring.

Pergh. Memang bosan.

Lantas aku buka internet. Bukan bukak internet guna skru driver. Apa ke pelik. Maksud aku, buka internet melalui internet browser. Contoh seperti Mozilla, Internet Explorer, Opera, Lunascape, dan lain-lain. Untuk Buka internet browser pulak, kena ada komputer. Install browser dalam komputer. Kemudian boleh bukak internet.

Lagi pun, tak semestinya kena ada komputer je. Handpon pun buleh. Handpon 3G rasanye. Entah la. Aku tak berapa tahu menahu pasal internet melalui handpon. Model Handpon sendiri pun tak tahu. Apa tah lagi, nak borak-borak tentang handpon. Mintak simpang jauh-jauh.

Walaupun aku tak guna handpon canggih, tapi aku tetap rasa kewl. Sebab aku boleh jawab soklan "What is Browser?" tak macam mak saleh dalam video di bawah.



Tergelak kecil aku tengok video tu. Pakai handpon canggih pun tak tahu apa itu browser. Dan la tu, perkataan browser tu sendiri dari english. Takkan la tak tahu. Kesian. Kurang didikan internet kot.

Jadi,untuk menggelakkan orang Malaysia malu apabila ditanya apa itu browser, aku rela kongsi jawapan nya.

Browser itu adalah ... aplikasi software yang digunapakai untuk melayari laman web di internet. Sekarang ini, terdapat berlambak software broswer yang boleh kita guna, bermacam jenama, bermacam gaya dan yang penting, semua percuma. Kewl kan?


Sekarang aku guna broswer Mozilla Firefox. Ha, yang guna Firefox, tu dah update belum? Sila update Firefox untuk kepuasan maksimum.

Eh, sedar tak sedar kita dah berada di hujung rancangan. Tak sedar betul. Cepat aja masa berlalu, kan Farah? Okay lah semua. Bertemu lagi di minggu hadapan. Di dalam rancangan "Abang Darkk Yang Nerd Tapi Malas". Bye.

p/s: Ada twitter tapi tak follow Darkkavakadabra? Anda memang nak kena tempeleng. Sila berbuat demikian segera untuk menggelakkan catuan air di rumah anda.

Hidup Ini Randum

1. Hai semua. Dah lama tak buat sesi hidup ini randum ya?

2. Semester baru telah bermula, dan aku telah nampak satu peningkatan ketara dalam unversiti. iaitu, jumlah awek telah bertambah sejak semua fakulti berpindah ke kampus induk. Positif untuk aku.

3. Kadang-kadang rasa malas nak menulis, tapi rasa nak update. Itu yang letak video. yang Senonoh.

4. Hehe. Ada orang kata tulisan aku tak menentu. Kejap ada huruf besar. Lepas tu, ada titik tak kena tempat. Koma tak kena tempat. Lepas tu orang tu membebel. Kemudian dia kata, "Everytime u kata 'Takpa' melts my hearts". Sumpah aku tak faham.

5. Hari ini, hari sabtu. Aku tak ke mana. Makan pun tak lagi. Mandi je sudah. Jadi tak perlu bayar lebih. Lapar-lapar, makan jeruk. Entah mana dapat, aku pun tak tahu. Ada kat dapur.

6. Aku tak paham dengan kerajaan, polisi berubah-ubah. Ah, ikut suka dia la.

7. Duit elaun dah masuk. Sedang fikir mahu beli webhosting sendiri atau pun tidak. Nama Domain pun dah pikir, www.avakadabra.com. Bimbang tak dak orang nak masuk je.

8. Bosan pulak baca bende ini kan?

9. Isabella anak pak dolah, Isabella anak pak doooollaaaah.

10. Bye. Eh, cuba chek. Mana tahu ada nombor tertinggal ke.

11. Mesti la tak da tertinggal. Matematik darjah 1 selalu dapat 100. Apa kes tertinggal nombor. Bengap sangat nampaknya.

Bangun Pagi, Gosok Gigi

"Weh, bangun!" rakan serumah aku menjerit.

Sejak akhir-akhir ini, aku rajin bangun pagi(Ayat betulnya: Mudah dikejutkan bangun pagi. Apa gila bangun sendiri). Yah la, Bangun pagi untuk ke kelas. Dah lama aku tak bangun pagi sejak akhir-akhir ni. Kali terakhir, tak silap dua minggu lepas. Aku pun tak pasti. Itu pun nak pergi pegi besut hantar adik aku sambung belajar.

Mengeliat lebih kurang, gosok mata secara bertamadun lalu aku bangkit dari tilam. Rumah orang bujang mana ada katil, kecuali bilik satu lagi. Siap ada double dacker. Tak heran pun. Bukan kewl ada katil. Malah menambahkan risiko kecederaan di dalam bilik. Bayangkan kalau tersepak katil masa hura-hura lambat bangun. Mesti rasa menyesal beli katil. Marah, lalu karate katil.

Aktiviti pertama bukak mata, mesti tengok jadual. Tengok kelas apa pagi-pagi ini. Kalau best, pantas bersiap. Kalau tak best, juga pantas bersiap. tapi untuk sarapan di mamak. Tambahan, ada kedai mamak yang baru. Lokasinya strategik awek lalu-lalang.
Membuatkan diri lebih berdisiplin untuk ke situ. Tengok jadual bukan untuk susun buku, sebab aku ada satu buku je. All-in-one. Jimat ruang beg.

Kemudian mandi, dan lepas itu, berpakaian formal ke kelas. Seluar jeans, t-shirt. Lumur minyak rambut dan gayakan rambut mengikut fesen terkini. Aku tak tahu fesen terkini rambut apa, jadi aku buat sendiri. Dan jadikan fesen terkini diri sendiri. Lagi pun, kalau buat fesen cacak-cacak, pasti tak cacak dah lepas pakai helmet. Dan iklan Brylecream itu menipu.

Akhirnya, tibalah satu moment yang berharga.iaitu --- Menunggu Mesej. Part ini lah yang paling mendebarkan. Kadang-kadang buleh jadi gila. Kalau dapat tu, memang gembira sakan la. Tak dapat tu, buleh sedikit kecewa. Tapi masih gembira, bersiul-siul kecil. Sambil tunggu tu aku lepak-lepak dulu, bincang pasal ekonomi negara Jepun dengan Padel yang tengah pakai stoking.

Treet. Treet. Menandakan Mesej Masuk.

Aku pandang Handpon. buka Mesej. Dan baca;

"Weh, kelah adok. Nyesa marih. Mu tok sir marih ah." Bunyi macam kod.

Tapi aku tahu. Itu mesej kegembiraan umat universiti.

Menguruskan Kemarahan

Kalau kau marah sangat, tapi tak mahu marah orang. Sila cuba taktik ini.



Video ini menunjukkan remaja yang marah sangat apabila ibunya membatalkan akaun World Of Warcraft (Satu Game Online yang paling top).

Cinta Untuk Android

Aku telah jatuh cinta dengan sebuah android.

Tapi aku tahu. Cinta dengan android biasanya, cinta bertepuk sebelah tangan.

Kerana, Android tak punya perasaan, punya hati, punya jiwa.

Jadi, aku tak mengharap sangat android itu balas cinta aku.

Biarkan aku dengan perasaan cinta aku.

Lagipun, aku sendiri yang cipta android itu.

Kalau tertekan sangat dengan cinta tak berbalas, aku programkan android itu, meletup sendiri.

Hilang dari pandangan.

Mudah hati untuk menerima hakikat cinta tak berbalas.

Dan biarkan aku dengan perasaan sepi aku. Sendiri.

Bosan Si Bosan

Hi, nama saya Bosan. Bila saya bosan, saya akan menulis. Tulisan saya mesti berkisarkan pasal kebosanan hidup yang membosankan.

Lepas menulis saya akan bosan, dan tertekan dengan kebosanan. Kadang-kadang saya akan berguling-guling untuk menghilangkan kebosanan. Ternyata, keadah itu hanya menambahkan kebosanan saya.

Saya ada terfikir dua, tiga hobi. Contohnya, membaca buku dan melukis panorama. Tapi saya rasa saya tak ada bakat dalam dua-dua tu. Jadi, saya beralih kepada menulis. Ya, menulis. Saya akan tulis beberapa ayat yang saya rasa sedap sendiri baca. Kemudian, saya akan post di belog saya. Buat sebagai entri.

Mana la tahu, takut-takut ada komen. Buleh saya reply komen.

Selang masa saya tunggu entri saya di komen, saya terasa bosan. Jadi, saya mahu mengambil gambar. Oleh untuk itu, saya mahu memperolehi kamera SLR untuk mengambil gambar yang berkualiti tinggi. Tapi saya tak ada duit.

Kesian kan?

"Saya pohon pihak yang membaca ini, dermakan la seberapa yang anda mahu, agar Bosan dapat membeli kamera yang dia inginkan. Sama-sama lah kita membantu beliau" - Darkk

Farhan

Farhan.

Farhan seorang yang kurius.

Farhan tahu, bila dia tak tahu, Dia akan bertanya.

Jadi dia akan tahu apa yang dia tak tahu.

Satu hari, dia ternampak seorang penarik beca sedang mengayuh beca.

Lalu, dia menahan penarik beca itu dan bertanya.

"Pakcik. Pakcik pernah bawa beca selaju kelajuan cahaya tak?"

Penarik beca itu diam. Selang masa diam itu, Farhan bertanya lagi,

"Pakcik, pernah kayuh beca sampai ke bulan tak?"

Penarik beca itu masih diam, kemudian turun dari becanya.

+++++++

Farhan. Seorang yang kurius. Kini, telah pun sampai ke bulan dengan hasil bantuan daya tendangan tepat ke dadanya selaju kelajuan cahaya oleh Penarik Beca.

Mari lah kita sama-sama doakan agar Farhan dapat kembali ke bumi dengan selamat.

Entri Selingan Tajaan [Repost]

Latar Tempat: KFC berhampiran dengan Tempat Anda.

Masa: Bila-bila tetapi Lebih Sesuai Waktu Puncak.

Situasi Satu

"Selamat Datang Ke KFC"

"Makan Sini atau Bungkus?"

"Makan Sini" sambil membuka kasut bersedia untuk duduk bersila di atas kaunter.


Situasi Dua

Setelah makanan yang dipesan dihidangkan di atas dulang.

"Apa-apa lagi boleh saya bantu?"

"Bantu saya angkat tray ini ke meja saya. Saya Malas"


Situasi Tiga

"Orginal atau Hot Spicy?"

"Awak ke? Saya rase awak Hot la. Jom dating dengan saya"

Sambil menunjukkan ibu jari tanda isyarat bagus.

"Tumbuk rusuk kamu" - Lelaki pertama dari kiri


Sarip Mahu Zombie Peliharaan

Pagi itu, Sarip bangun perasaan teruja. Sarip tahu, hari itu pasti hari yang mengembirakan Sarip. Sarip mahu hadiah istimewa dari mama dan papanya. Kerna, hari itu. Hari ulang tahun Sarip yang ke 34.

Dalam minda Sarip, sudah terbayang yang mama dan papa, akan belikan Sarip seorang zombie peliharaan. Yang kepala botak, mata terkeluar, kuku hitam. Berbaju overall. Dan keluar suara , “Arrr” ulang kali selang tiga saat. Sarip mahukan yang itu. Kiut sangat zombie itu, menurut padangan Sarip.

Lekas-lekas Sarip turun dari katil, berlaki menuruni tangga rumah. Dengan harapan, mama dan papa akan jerit “surprise!!” bila Sarip sampai hujung tangga.

Tapi hampa.

Mama tak jerit pun “surprise” dekat Sarip. Papa pun sama. Sarip kecewa. Lalu, dia pun ke dapur untuk menikmati makanan sarapan yang berkhasiat iaitu bijirin konflek. Sarip buka peti sejuk pelan-pelan, dan ambil satu botol besar susu. Tutup pintu peti sejuk, pelan-pelan juga kemudiannya.

Waktu itu, sangat senyap. Sarip jadi hairan. Mana papa? Mana Mama? Diorang tak bangun lagi ke? Kenapa diorang tak bangun awal-awal, dan ucap selamat ulang tahun ke 34 pada Sarip? Atau awal-awal lagi diorang sudah keluar jumpa kawan-kawan diorang?

Sarip jadi kecewa. Hari ini ulang tahun Sarip. Tapi siapa-siapa pun tak ingat akan itu. Kalau lah, tahun lepas Sarip minta Zombie. Mesti tahun ini, Zombie itu dah dapat ucap selamat hari jadi pada Sarip. Sesal Sarip minta Pari-pari untuk hari jadi tahun lepas. Pari-pari tak tahan lama. Lagi pun kecil. Susah mata rabun sarip nak nampak pari-pari.

[Masih dalam Pembikinan]

Reviu Cincai: Ice Age 3: Dawn of The Dinosour

Penulis sudah pun menonton Ice Age 3: Dawn of The Dinosour.

Penulis mahu menceritakan sedikit sahaja, tentang movie kali ini. Nama pun reviu cincai. Cincai membawa maksud ala kadar, simple. Jadi kenapa nak tulis panjang-panjang macam reviu yang lepas kan? Agak Celaka.

Jadi, Apa komen penulis tentang Ice Age 3 ini?

Penulis merasakan cerita ini adalah biasa. Plotnya menggembirakan. Animasi 3D yang mengkagumkan penulis. Scene Kejar-Mengejar yang dibuat kemas, teratur dan tidak kucar-kacir.

Masih memegang tema sahabat, keluarga. Dan mesej yang sama, jangan tinggal kawan-kawan. Agak tak berubah dari filem no 1 hingga yang terbaru. Yang berubah, latar masa, tempat dan juga konflik.

Filem ini mampu menggelakkan para hadirin panggung tanpa lawak lucah. Itu yang penting. Jika mahu layan cerita lawak yang lucah, menghairahkan. Sila tonton Transformer 2. Sila ya.

Apa-apa pun, Filem ini Sesuai untuk tontonan ramai. Famili, anak-anak, sanak saudara. Pakwe, Makwe. Skandal. Adik angkat, abang angkat. Tok cik, Wan, Nenda. Atuk, Pakya, Meklong dan juga Ahmad Hadi Bin Abdul Salam yang entah penulis sendiri pun tak kenal, main letak aja nama sapa-sapa.

Berapa penulis mahu kasi bintang?

3.5/ 5 untuk jalan cerita yang mudah difahami, CGI animasi yang menarik dan tak lupa buleh buat penulis ketawa terbahak-bahak macam orang gila dalam pawangan itu. Owh, part ketawa terbahak-bahak macam orang gila itu, sengaja dilebih-lebihkan. Padahal, ketawa biasa-biasa je.

p/s: Panggung dalam tadi sejuk gila, sampai aku rasa nak deman. Ke sebab aku tengok cerita Ice Age, jadi pihak panggung kena pasang aircond sejuk gila untuk sama dengan tema.

p/s: entah apa aku tulis pun, aku tak tahu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails