Pages

Awan Kelam

Aku telan rasa kecewa. Telan dalam-dalam. Sebab aku tak nak dia sedih sebab aku kecewa. Dia sedih kalau aku kecewa.

Dalam hujan, aku berhenti. Aku lecun. Hujan lebat masih belum berhenti. Dia masih di awan hitam. Menangis.

Lalu aku ke awan kelam, mencari dia. Di satu sudut, dia sedang duduk. Menangis. Masih menangis.

Aku capai tangan dia. Aku pegang erat tangan dia. Aku pegang kemas-kemas. Dan aku kata, Hey. Aku sudah berhenti kecewa. Tak usah menangis lagi. Aku sudah okay. Jangan nangis ya?

20 minit aku pegang erat tangan dia. Aku tenung mata dia. Tenung dalam-dalam.

Aku harap dia okay lepas itu. Berhenti menangis. Dan tunjukkan senyuman sinar mentari.

Sebab aku sudah telan rasa kecewa.

Hujan

Dia berlari masuk ke awan kelam, menangis. Akan sebelum itu, aku sempat capai tarik tangannya. Dan bisikkan sesuatu di telinga;

"Hey. Aku pernah beri hati aku kepada kau. Dan aku tak harap kau jaga hati aku. Kau boleh buat apa kau suka. Kau boleh lontar hati aku, jatuh berkecai ke bumi dan kau tak perlu risaukannya. Kerana hati aku boleh dibentuk semula melalui pasir masa. "

Aku lepaskan tangan dan kemudian perlahan, aku tinggalkan dia. Di awan lapis ke dua. Dan aku tak harap hujan turun di situ.

Pop! Berpop!

Pop! Hati berpop! Bila dia kasi hadiah bantal angry bird.

Saya sengih bila dia kata, nah hadiah konvo. Saya sengih lagi. Terima kasih bersengih saya kasi.

Pop! Pop! Hati saya berpop! Dua kali. Bila dia hadiahkan saya buku. Buku yang saya mahu. Buku yang saya idamkan. Pop! Pop! Berpop! Hati saya.

Dia senyum sahaja. Dia berkulit putih. Bermata sepet dan bersemangat waja. Dia kata dulu. Masa kecil-kecil, dia selalu tonton Star Wars. Star Wars episod 1 sampai lah episod 3. Masa dulu-dulu, ayah dia video-tapekan Star Wars episod 1 hingga 3. Dia selalu ulang-ulang tengok walaupun masa dulu, dia tak faham apa sepatah pun bahasa inggris, tak reti baca sarikata bahasa melayu . Dia tengok sahaja. Bila besar, dia tengok lagi. Kali ini, dia buleh membaca sarikata melayu. Dia tengok ulang-ulang. Dan bila lagi besar, dia kata, dia tengok tanpa sarikata dan faham bahasa inggris.

Dia belajar bahasa inggris dengan menonton Star Wars episod 1 hingga 3. Ulang-ulang kali. Itu kata dia.

Eh. Zaman video tape dulu. Mana ada Star Wars episod 1 hingga 3. Saya tegur. Zaman episod 1 hingga 3, zaman vcd. Aku tegur sarkastik.

Eh. Salah. Dia menggelabah. Kemudian dia cucuk pinggang saya. Macam selalu-selalu dia buat kalau dia tersalah cakap. Episod 4 la. Empat hingga enam. A New Hope, The Empires Strike Back, dan lupa satu lagi, dia betulkan.

Haha. Saya gelak kecil. Gelak kecil hasil melihat respon dia dan juga hasil cucukan tadi.

Ewok comel kan? tanya dia.

Comel. Chewbacca pun comel, aku balas. Tapi Ewok bangsa suka berperang.

Dia tarik muka. Kembung pipi. Muka merajuk main-main.

Saya sengih sahaja.

Kemudian dia pandang lagi poster Star Wars Episod 1 yang bakal ditayangkan semula dalam 3D.

Nak tengok... kata dia. Manja.

2 dalam 100 Hati

100 orang termasuk aku dan engkau. Di dalam bilik kecil itu dan di dalam ramai orang, aku hanya nampak engkau. Mata bertentang mata. Lidah kelu untuk berkata, degup jantung laju tidak terkira. Neves. Ya neves. Pada hujung malam itu. akhirnya aku bercakap dengan 98 orang yang lain. Kerana aku takut aku akan menjadi cacat bila bercakap dengan engkau. Takut kau curi hati aku, takut kau tangkap lidah aku dan yang paling aku takut sekali, kau curi nafas aku. Kemudian aku mati dalam sedar, aku telah bertemu bidadari.

Aku tak mahu semua itu berlaku.

Menulis Blog #1

try post guna idevice. tak best rupanya apps blogger ni. dia tak apply accelerometer (betul dok tahu eja).

sekarang malam. pukul 12 lebih. pagi karang kerja. malam lepas tu baru balik. kerja hari sabtu ahad isnin selasa rabu cuti. khamis kerja lepas tu tak tahu dah bila cuti. kerja tapi tak kaya harta tapi kaya budi bahasa.

ape menda lagi nak cerita ni? ha. jangan baca buku tulisan Murakami. watak utama cerita dia selalunya tak suka ada kawan dan bila baca buku dia, hanya tambah depress dalam hidup. betul. tapi saya suka baca cerita pendek dia tajuk "Tony Tanikani"

cerita pasal budak nama tony tapi pure japanese. mula mula ingat pasal budak tu. tapi sekali cerita pasal ayah dia. lama-lama baru cerita budak tu ending dia budak tu hidup lonli.

haha. lama rasa biasa pulak menaip guna keyboard gini. sekarang dah malam. nak sambung esok lah pulak.

kalu rajin la.


2012

Azam 2012. Membeli sebuah kapal selam berkuasa nuklear untuk negara. Yang boleh tembak punya.

Kalifornia Temaki

Kami duduk berdua di hujung kaunter. Berhadapan dengan rel makanan bergerak. Aku menghadap rel makanan dan dia menghadap rel makanan juga. Yang beza, dia duduk di sudut dan aku duduk di tengah memberikan peluang untuk pelanggan yang lain duduk di sebelah aku.

Hey. Cuba satu. kata aku sambil mengambil Inari. Sedap. sambung aku.

Dia ambil satu, selepas membersihkan chopstik kayu (dia pernah tersasul chopstik dengan spegathi) dengan menggosokkan kedua-dua chopstik antara satu sama lain.

Hmmm.. kunyah dia. Hmm.. Ini Inari? tanya dia.

Ha'ah. aku jawab. Inari merupakan nama jenis sushi yang diatasnya diletakkan kulit tauhu goreng. Sushi ini menjadi pembuka selera apabila aku sampai di kedai makanan itu. Selalunya.


Suasana di sana, hingar bingar memandangkan pada waktu itu merupakan waktu kemuncak kebanyakan orang makan malam. Tempat duduk makin berkurangan dan apabila keluar pelanggan tempat kosong cepat-cepat dipenuhi orang lain.

Cuba California Temaki pula, cadang aku. Dia angguk. Sambil mengunyah, dia pandang ke atas. menikmati setiap kunyahan. Mukanya merah dan pipi gebunya turun naik, turun naik mengunyah.

Aku kemudiannya memberitahu kepada pelayan yang kebetulan lalu di belakang. Dua California temaki dan satu Yakiniku Udon. Dia catat. Kemudian meletakkan kertas karbon itu di atas meja ku.

Sepanjang itu, kami tidak berkata-kata. Aku sibuk memerhatikan suasana dan dia leka mengunyah.

Di satu meja, kelihatan seorang ayah sedang sibuk mengawal anak-anaknya yang selepas makan, menyusun piring-piring biru hingga lebih tinggi dari ketinggian ayahnya yang sedang duduk. Tak puas dengan itu, anak itu mengambil penutup makanan. menyusun penutup makanan itu pula.


10 minit selepas itu. Anak-anak dan bapanya keluar dari situ (kedai makan) dan meja lekas-leas dipenuhi dengan pelanggan lain.

Ketika itu, California Temaki masih belum sampai. Begitu juga dengan Udon.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails