Pages

Random Quote



But I know you're too busy to miss me back.

At Least

At least.. give me one good news and I will be fine.

A lot of disappointing news i heard make me thinking. The beginning of 24 years lifetime of me kinda sucks.

Well, i still get a long journey ahead.


Puasa

Sebenarnya, macam selalu. Macam tahun lepas. Sejak duduk jauh dengan mak ayah ni, kalu pusing bazaar ramadhan je. Pusing lah sepenat-sepenatnya. Misti alih-alih beli nasik, ayam masak merah. Nak up sikit, nasik kerabu. Hampir majoriti puasa berbuka lauk gitu. Kecuali kes tertentu, tertido pukul 6 petang. Bangun kul 4 pagi. Tapi sahur pun misti dengan nasi lauk ayam masak merah.

Part berbuka puasa yang buat saya tak tahan sebenarnya. Kalu kita dah redi semua-semua makanan. Nak tunggu time azan je. Saya mana buleh. Tunggu depan makanan. Dia rasa lain macam je. Sebab tu, kenkadang lebih suka melepak main komputer. Sampai azan je, Baru kucar-kacir nak pergi bazaar ramadhan dengan air tebu. Lepas tu buleh minum terus depan pakcik air tebu tanpa segan silu sebab dah azan.

Bazaar ramadhan ni sebenarnya nak kasi kita pening buat pilihan nak makan apa. Bila kita tak dapat buat pilihan, kita akan jadi nak beli semua. Bila dah beli semua dan berbuka, makan satu karipap rasa macam dah kenyang gila sampai tak buleh pergi teraweh. Yang bakinya, terpaksa perlahan-lahan habiskan. Lama-lama kita akan jadi lebih membesar dari bulan tak puasa.

Sebabnya? Makan malam banyak. Bila malam, badan tak perlu kalori bagai semua tu. Nanti dia simpan dalam badan jadi fat. Atau bahasa biasanya lemak. Saya tahu benda tu semua, tapi saya buat jugak. Biasa lah. Tahu tapi tak amal. Sama macam orang belajar Bahasa Malaysia lah. Belajar 11 tahun lebih. Tapi dalam fesbuk tulis bahasa melayu macam gampang. "yew lew", "blk", titik banyak-banyak di tempat yang tak sepatutnya, huruf besar kecik dan lain-lain lagi contoh orang belajar bahasa melayu 11 tahun, dapat 1A dalam SPM tapi tak reti amal dalam kehidupan. Sekurang-kurangnya, walaupun tatabahasa tunggang langgang. Tapi ejaan tu kasi eja betul la. Okay? Okay.

Sekarang mende yang nak borok tadi?

LRT ke Langkawi

"Langkawi! Langkawi!" sebut makwe operator LRT secara halus melalui alat mesin pemberitahuan.
Peh. Dah sampai Langkawi dah gua ni rupanya, bisik hati kecik gua. Tak sangka LRT ni buleh pergi langkawi.

Gua steady lagi tak nak kasi tunjuk kegembiraa gua yang buleh shopping kat pulau bebas cukai ni. lalu.. Gua amati baik-baik suara makwe tu. Lama gua amati. Akhirnya,

"Dang Wangi"

Nasib baik gua tak turun pergi cari pinggan Correlle untuk mak gua. Kalu turun tadi, tak ke sia-sia.




Sibuk

Nak kabor Hiatus pun. Bukan jugak. Cuma banyak malas nak fikir. Pasal BERSIH 2.0? Pasal Politik? Takde nak masa. Sekarang duk fikir camna nak dapat duit nak beli komputer baru dengan grafik kad terbaru dengan 24" widescreen monitor. Dengan meja paling tiptop dengan kerusi paling solid sekali. Kemudian main game sampai lebam.

itu je.

Video kasar.

Dan bila bertemu nya dua orang ni, mereka berada di dunia mereka sendiri. Mereka yang di luar tidak paham.







Mereka menggunakan bahasa kampung sendiri semasa berborak. Harap maklum.

Kalau berani cubalah tayang dalam versi 1080p.

4000 Rasa Kecewa

4000 rasa kecewa yang disimpan sampai berkarat hati. Bila lepas 1, kena marah. Datang lagi 10 kecewa. Sekarang sudah ada 4009 rasa kecewa. Nak lepaskan, buleh. Tapi adakah berbaloi sekiranya menambah lagi rasa kecewa itu? dari 4009 jadi 5000. atau 10 000.

Bila di simpan kecewa, dikata lemah. Jadi apa cara yang betul untuk melepaskan kecewa ini tanpa menambah lagi rasa-rasa kecewa ini?

Diam lah kan?

atau..

Cara lain?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails