Pages

Berita Randum: Sony Playstation Phone



Sony akhirnya telah menggabungkan teknologi gaming dengan telefon bimbit. Setelah lama mendesas desus, akhirnya persoalan ini telah terjawab. Sony bakal menlancarkan Sony Playstation Phone. Dikabarkan juga, bakal mengunakan sistem operasi terbuka Android 3.0 dan akan dikustomkan dengan Sony Marketplace. Gambar diatas, dikatakan Smartphone itu masih lagi dalam prototype.

Apa-apa pun, tiada lagi maklumat lanjut dari pihak Sony. Tapi ini buleh dikatakan berita gembira bagi peminat game dan handphone!

Sumber: Engadget

BW

Oh. Baru saya faham apa itu BW yang biasa orang tulis dekat shoutbox. Selama ini saya ingat benda lain.

BW itu adalah Blog Walking. Dan bukannya Brood War. Brood War adalah sebuah judul permainan elektronik dan nama panjangnya Starcraft: Brood War.

Ini lah maksud BW yang saya ingat selama ini.


Akhirnya ini telah merungkai semua permasalahan saya selama ini. Susah jugak jadi geek ni ya. Bila banyak benda minat, term-term susah jadi terhafal. Benda mudah jadi susah.

Sebab itu, UrbanDictionary sentiasa digunakan apabila mengular di internet.

Benda Baru

Bila kita jumpa sesuatu baru yang mahu ditunjukkan atau dikongikan kepada rakan-rakan lain, pasti ada suara sumbang yang mengatakan benda itu sudah lapuk atau lama.

Sekali sekali, terbakar juga bila dapat respon macam tu. Tapi kita kewl down. Kita bidas balik,

"Maaflah. Saya dulu tak ada masa nak tengok semua benda dalam internet. Hari ini baru jumpa. Kira nasib baik lah. Kamu dulu ada nasib baik macam saya? Ada? Ada?"

p/s: masa saya menulis entri ini, saya sudah lambat ke kelas 28 minit.

Tag Gambar Fesbuk

Kamu ada fesbuk? Kalu ada, kamu pasti memahami fungsi tag. Fungsi tag ini digunakan meluas dalam fesbuk. Kita buleh tag orang melalui status, notes, video dan link. Tapi tag melalui gambar merupakan fungsi yang paling popular digunakan. Tag ini amat berguna untuk memberitahu siapa yang ada didalam gambar tersebut. Dengan adanya tag ini, maka senang lah seseorang itu untuk berkenalan dengan awek/pakwe baru kerana tag dapat membuat kita pergi terus ke profile awek/pakwe tersebut. Kita juga buleh tahu yang gambar kita sudah dipaparkan di fesbuk apabila orang itu mengtag gambar kita. Kebiasaannya, tag ini gunakan apabila melibat gambar berkumpulan, berdua, gambar bertiga atau pun gambar solo yang bukan melibatkan diri pengetag itu.

Tapi apa pula fungsi tag diri sendiri untuk gambar solo sendiri yang sememangnya di bawah album gambar sendiri di profile sendiri.

Saya merungkai persoalan ini.

Orang itu bakal lupa macam mana muka sendiri. Apabila dia melihat kembali album gambar profile sendiri, dia tidak cam macam mana rupanya. Dia pasti tertanya-tanya. Siapakah yang ada di dalam gambar solo yang berada dalam album gambarnya. Tapi dengan hasil tag yang dia lakukan pada masa lepas, dia pasti berkata, "Oh. Ini aku rupanya"

Apakah Ini Saya Tidak-



Anda laparkan cabaran ? Jika ya, maka saya cabar anda habiskan satu tiub penuh kerepek kentang Blueberry & Hazelnut dari Pringles. Ada berani ?

p/s 1 : ini bukan entri advertorial. sumpah.
p/s 2 : juga terdapat dalam perisa Lemon & Sesame. Ini baru betul snek 'pencuci mulut'.

Overview Cincai: Anime Musim Luruh 2010

Berikut ialah senarai pendek anime mesti tonton musim ini [ Fall 2010 ] bagi mereka-mereka disini yang minat ataupun gemar menonton anime. Oh, dan harus di ingat yang tak semestinya selera anda sinonim dengan selera saya jadi sebelum anda tonton mana-mana siri yang tertera dalam senarai ni, sila pastikan terlebih dahulu yang antara mereka-mereka ini ada yang menepati citarasa anda; saya sudah serik dikejar kehulu kehilir dengan api dan serampang oleh mereka-mereka yang tertipu serta kecewa :3


01. Ore no Imouto ga Konna Ni Kawaii Wake ga Nai
siri komedi / slice of life yang paling menarik perhatian ramai audiens anime musim ini, dengan jalan cerita yang menarik serta produksi visual yang gempak. sangat direkomen bagi mereka yang menggemari anime ringan seperti K-On ! dan Azumanga Daioh.


02. Sora no Otoshimono : Forte
sekuel bagi siri komedi romantik / harem Sora no Otoshimono. masih dengan lawak kurang senonoh yang amat, amat, amat kelakar. antara siri harem yang diklasifikasikan sebagai berada di dalam kelasnya yang tersendiri. amaran : sila jangan tonton sambil minum.


03. Shinryaku ! Ika Musume
seorang [?] sotong comel dari lautan dalam yang berimpian untuk menakluki dunia di daratan hanya kerana manusia terlalu asyik mencemar lautan tempat asalnya. dengan komedi gaya tersendiri dan juga telatah Ika Musume yang boleh mengundang tawa durjana. sangat direkomen.


04. Yosuga no Sora
yang ni, agak bahaya kerana menyentuh subjek yang agak taboo, tapi jalan cerita serta produksi visualnya adalah antara yang paling menarik bagi musim luruh 2010. hanya direkomen kepada mereka yang berminda terbuka dan bukan dari kaum kerabat Kosmo ! mahupun Harian Metro.

05. MM !
watak lelaki utama adalah merupakan seorang masochist tahap kronik, manakala watak perempuan utama pula adalah seorang sadist. selebihnya, sila bayangkan sendiri :D


06. Panty And Stocking With Garterbelt
the most underrated series bagi musim luruh 2010, hanya kerana ia menyerupai siri-siri kartun buatan Amerika [ Dexter's Laboratory / The Powerpuff Girls ] dari segi visual. gaya penceritaan yang amat, amat unik serta komedi yang sangat out of the box, walaupun tersangat kurang senonoh. amat direkomen kepada mereka yang gemarkan komedi diluar batasan norma. amaran : sila jangan makan atau minum semasa menonton.


07. Bakuman
anda berimpian untuk menjadi pelukis komik terkenal ? sekiranya ya, maka siri ini adalah khusus untuk anda. diadaptasi dari manga shonen hasil karya artis yang sama terlibat dalam pembikinan siri Death Note dan Hikaru no Go, Bakuman bermula agak biasa-biasa sahaja namun tetap menarik bagi penggemar siri dari genre shonen. juga direkomen.


08. Motto To Love-Ru
sekuel dan juga reboot bagi siri terdahulu yang agak kurang berjaya, musim kedua bagi karya adaptasi daripada siri manga harem terkemuka ini jauh lebih memberangsangkan berbanding musim pertamanya yang hambar dan juga teruk dicemari oleh filler.


09. Otome Youkai Zakuro
anime bagi penggemar fiksyen fantasi dengan perisa shoujo [ genre yang lebih mengkhusus kepada audiens dari kalangan gadis ] yang agak pekat, tetapi masih boleh dilayan oleh mereka-mereka yang maskulin. Menampilkan karakter wanita utama yang agak tsundere, yang mana merupakan daya tarikan utama bagi siri ini.

siri-siri lain yang juga menarik untuk ditonton musim ini; To Aru Majutsu no Index II, The World God Only Knows / Kami Nomi zo Shiru Sekai, Letter Bee : Reverse, Stardriver, Fortune Arterial.

Sepatutnya Reviu Cincai...

Tapi saya buleh pulak pergi buang masa dekat kedai mainan dan hobi. (Ya, siapa minat Gundam, Gameboard, dan CardGame di sekitar Melaka. Buleh lah check it out kedai ni. dekat Bukit Beruang) Tengok Gundam dan bermain gameboard. Tak lupa jugak, saya menonton orang bermain Magic The Gathering TCG. Sepatutnya, saya ke Putrajaya hari ini. Tapi memandangkan tidur pun dah pukul 7 pagi dan berkesudahan bangun 12.30 tengah hari, gara-gara menonton upacara pembukaan Blizzcon secara video streaming. Saya pun tak jadi nak pergi Putrajaya dan membuat rancangan backup iaitu menonton filem Red yang sahaja Primier Khamis lepas.

Malangnya, rancangan back up saya turut gagal. Menonton Red gagal. Pergi Putrajaya lagi lah gagal. Ini buat saya malas nak merancang. Kerana, saya end up membuat sesuatu yang luar rancangan lagi randum.

Tapi nasib baik lah rancangan makan tengah hari saya tak tergendala. Kalau tak misti saya sudah mati kelaparan sekarang.

p/s: header baru "Avakadabra: Hidup itu Randum" baru saja naik semalam. Simple lagi malas saya buat. Kutuk lah kalu berani. Saya gigit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails