Maafkan aku jika ada yang tidak bersetuju dengan pandangan aku yang menyatakan bahawa karya terbaru Yasmin Ahmad sangat berbaloi dilihat dengan mata kepalang sendiri di pawagam.
Talentime. Satu kisah yang bosan, lembap dan selow la lu ni jika di mata perspektif masyarakat yang tidak mendapat menghayati cinemotograpi (Ya, aku reka istilah sendiri) yang cuba disampaikan oleh Yasmin.
Seperti kebanyakan filem-filem Yasmin terdahulu, filem beliau mesti ada multiraces, multi-language, dan multimedia. Terlampau banyak mesej di dalam cerita ini, sehingga aku tidak mampu menulisnya (dan sehingga aku terlupa kebanyakkan mesej yang cuba disampaikan.)
Aku suka scene di mana, Datin Kalsom (Ida Nerina) mempersoalkan kenapa Mei Ling yang sudah memeluk islam masih dipanggil Mei Ling. Hal ini dibalas dengan dialog,
"Mei Ling masuk islam, bukan masuk Melayu atau Arab."
Dan aku juga dapat belajar sesuatu benda baru apabila menonton filem Talentime ini. Iaitu;
Jika cinta anda ditolak, berpalinglah dan jalan perlahan. Kemudian Kentut di situ jugak. Sesungguhnya itu menunjukkan anda amat kecewa dengan cinta yang tidak dibalas.
Hehe..
Aku bagi skor 4/5 untuk filem yang biasa-biasa ini. Biasa sungguh filem ini, sehingga hati aku yang biasa ini terasa puas pabila aku melangkah keluar dari panggung yang biasa itu.
[Reviu Cincai adalah segmen baru untuk blog ini. Segmen ini lebih kurang macam reviu, tetapi tak macam reviu. Lebih kepada pengalaman dengan item tersebut. Dan aku tak semestinya mereviu cincai filem. Mungkin makanan, orang, papan tanda jalan raya dan sebagainya.]