Angkara BSOD, aku merana. Ah, BSOD itu adalah dalam terma inggerisnya adalah Blue Screen of Death. Biasanya jika anda mendapati secara tiba-tiba PC anda memaparkan skrin biru dan disertakan dengan tulisan-tulisan hapa jadah yang anda tidak pahami seperti Bad Sector dan lain-lain, maka PC anda itu mempunyai masalah. Gila ah, infomatif aku kali ini.
Banyak cara untuk menyelesaikan nya tanpa menganggu data-data simpanan anda. Tapi aku telah memilih cara yang paling sesuai dengan aku. Iaitu format PC. Agak kecewa dengan kehilangan data-data ku. Tetapi tidak mengapa. Nasib baik lah aku telah membuat beberapa partian dan mengupload beberapa file penting ke Internet pada zaman dahulu kala.
Anda nampak gambar di atas? Itu lah gambar desktop aku yang terbaru. Aku memilih warna hijau daun untuk memanjangkan nyawa. Ada kajian menyatakan bahawa memandang hijau dapat memanjangkan nyawa. Tetapi apa jadah ada zirafah comel di situ?
Soklannya;
Abad kelahiran Doreamon, masih adakah Internet? Jika ada, mengapa doreamon tidak menggunakan Google?
Jawapan Aku;
Ada. Mase tu dah ade internet v8.8 Laju duh.
Anda Bagaimana?
