Pages

Kerusi Kosong

Dan lelaki ini menegur perempuan itu:

Hai. Ada tempat kosong lagi dalam hati awak?

"Hai. Ada."

Boleh saya tumpang duduk?

"Tapi dalam hati saya, ada satu kerusi."

Siapa duduk?

"Tak ada orang. Satu kerusi tanpa nama. Hanya hati saya saja yang pilih orang yang duduk kerusi tu."

Hati awak ada terdetik nama saya?

"Tak. Tak ada."

Rindu Itu Invisible

" i miss you" aku kata. "i miss you like a friend miss a friend's company"

Kami berborak mengenai hati dan perasaan masing-masing. Becerita apa yang tak kena tentang kita. Becerita tentang bulan, bintang, perang galaksi, awan dan Obi-Wan Kenobi. Kami bercerita bertentangan mata. Bila penat bercerita, kami diam dan tunduk ke bawah atau pandang sekitar kawasan. Hinggalah salah seorang memecah kebuntuan sepi. Selalunya aku lah menjadi watak itu. ataupun dia.

"i rasa i ini invisible lah" kata dia. "orang selalu tak perasan i ada di sekitar"

"Huh? Kenapa?" aku kata.

"Entah. Sejak dulu lagi. I selalu rasa i invisible"

"ye ke? orang ramai je perasan you?"

"entah lah. i selalu rasa gitu. i tak femes kot. maybe la."

"Maybe kot" aku setuju. "Tapi takpe. Nanti i reka alat pengesan orang invisible. Bila dia detect orang invisible, dia akan cucuk pinggang, atau lagi power, dia akan geletek orang invisible macam you. Geletek sampai terkencing. okay? okay!"

"jaaahaaat!!" jerit dia dengan muka marah geram.

Dia kata, bila aku sebut I miss you, dia rasa dalam hati dia ada taman. Cuma dalam taman itu, ada satu bunga. 5 kelopak. Dan bila aku tambah i miss you as friend, 1 kelopak gugur. Tapi taman itu masih wujud. Dia kata dia masih hepi bila ada orang rindu dia walaupun 1 kelopak bunga kurang. Dia masih hepi.

Tapi dia tak tahu yang bila dia kata I miss you pada aku. Hutan Tropika terus terwujud dalam hati. Bunga berkembang mekar. Air Terjun mengalir deras lalu membentuk pelangi di kaki air. Rama-rama beterbangan. unggas berbunyi. semua serba-serbi yang perfect macam dalam gambar lukisan, semua ada dalam hati aku. Cuma, bila dia tambah rindu macam kawan. Sekejap saja hutan rimba fantasi dalam hati terbakar. Air terjun kering kontang, monyet-monyet bertempiaran lari, gajah merusuh dan yang pasti, bunga tidak tinggal kelopak. Macam itu lah aku rasa.

"i miss you" aku kata. "i miss you like a friend miss a friend's company" aku tipu. tipu part "a friend's company"

Bidadari

Balik Kuantan dan jumpa bidadari lalu belanja aku makan cheesecake.

Dia buat aku hepi macam dulu walaupun aku tahu aku tak mampu untuk dapat bidadari itu.

April

Oh. Hai April.

Saya ada banyak rancangan untuk kita berdua. Rancangan yang akan ada banyak kesedihan.

Selamat datang April. Selamat datang.

Random #2

April dan seterusnya untuk jadi kecil. Harap menjadi. Selalunya menjadi tapi bila sampai satu tahap givap. Tak jadi.

Hari terakhir untuk makan besar, esok. 31 Mac.

Random #1

Perempuan yang minat atau suka baca cerita fiksyen fantasi adalah seksi.

Menterbalikkan Meja

Aku dah penat. Penat fizikal, penat emosi, penat otak. Aku rasa penat macam nak tidur 3 hari. Tapi bila 3 jam tidur, aku dah terjaga. Kemudian aku sambung penat fizikal, emosi dan otak.

Lalu aku buat keputusan, aku nak jadi kosong. Kosong macam tin. Kosong macam kotak kosong. Nak menjarikan tengah semua benda yang tak releven untuk aku.

Aku dengar Terukir di Bintang buat kali terakhir selepas itu aku delete. Aku rasa lagu itu menipu aku dan aku tak akan sampai tahap bait-bait lagu itu.

Setiap kali aku turun ego aku, aku mesti kena hempas ke lantai. Laju-laju. Berkali-kali.

Jadinya aku buat keputusan, aku givap. Malas nak tahu. Buat-buat tak tahu.

Dah lah, aku nak pergi tidur. Itu pun lepas makan ubat selsema yang ada kuasa mengantuk.

Harap membantu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails