Pages

Raya Ke 7

Heh. Orang kata, Raya itu Indah. Raya itu Meriah. Tapi itu orang kata.

Aku kata, raya itu fun. Bila kau dapat bersama dengan kau sayang. Kau cakna. Kau beraya ke mana-mana senantiasa bersama. Bergurau dengan makcik jiran tentang mahu meminang anak daranya dan kata, kononnya kita baru saja beli kapal selam dan parking di Lumut. Ya, itu juga seronok.

Itu belum kau suruh mak kau pergi tekel mak awek cun dan suruh mak berkawan rapat dengan mak awek cun tu. Nanti, senang la kau nak dijodohkan dengan awek cun tu. Bila kawan-kawan tanya, mana dapat bini cun? Kau kata mak carikan.

Kadang-kadang bila terfun sangat, kau akan rasa duka selepas itu. Seperti Contoh;

"Aku nak pulun esement lepas raya ni. Serius." Aku kata. Serius.

Kemudian tak lama rakan yang lain sambut dengan hilai tawa.

Peh. Pedih hati. Rasa nak minum air Ribena je.

Berbuka di Kedai Mamak

Petang itu, aku rakan berborak sambil tunggu berbuka di kedai Mamak.

"Aku tak tahu ar apasal dengan motor aku sekarang ini, dah jadi lain."

"Asal? Motor ko dah jadi Optimus Prime?"

++++++

"Apa kata kita pakat-pakat buat video hari raya. Lepas tu hantar kat student Malaysia kat luar negara."

"Dalam tu, kita kata la, "Padan muka tak buleh makan lemang." Kita sebut serentak, ramai-ramai."

Petang itu, aku rakan berborak sambil tunggu berbuka di kedai Mamak. Dan Cis!. 15 minit lepas waktu berbuka, makanan tak sampai-sampai lagi.

Under Construction

Kembali selepas raya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Pejam Celik

Pejam celik, Pejam Celak, Pakai baju, bukak baju, tengok bulan, tutup mata, mandi manda, main fesbuk, tutup fesbuk, tengok drama, download drama, baca komik, malam sahur, siang berpuasa, bukak posa sini sana, baling sana, baling situ, terngorat sana, dingorat situ.

Sedar-sedar dah nak (dekat) seminggu kita dah nak beraya ya?

Tapi aku tak kesah, Raya. Yang penting hari Sabtu ini aku ada presentation untuk Final Year Project 1. Debar, cuak. Mesti ada. Normal.

Jadi, ada sapa-sapa nak tolong aku baling fakulti aku sampai langit? Biar kansel presentation aku Sabtu ini.

Masuk Pertandingan Bowling

Dalam beberapa bulan yang lepas, aku dan rakan sekelas, dan juga rakan serumah seramai 4 orang telah menyertai pertandingan bowling di bawah anjuran pihak Jawatankuasa Kediaman Luar Universiti. Aku turut serta pun sebab diajak beria-ia oleh rakan serumah dengan alasan, kalau aku tak masuk, dia nak tidur luar. Aku tak buleh tengok orang tidur luar ini, kesian. Hati sensitip.

Aku bukan la terer sangat main bowling. Cukup la sekadar 80-120 pin jatuh satu game. Lagi pun, budak tu ada hutang RM5 dengan aku. Dia nak bayarkan wang penyertaaan, la kononnya.

Lalu, aku pun bermain. Baling-baling, baling-baling. Akhirnya, dapat la jugak tempat ke 5 keseluruhan dari 16 kot tempat. Kurang pasti. Dan memperolehi hamper yang paling kecil yang disediakan penganjur.

Tapi,

Sampai sekarang hamper tu tak terbukak-bukak, duduk aja kat tepi dinding kat ruang tamu. Macam tak terusik langsung. Diabaikan oleh kami. Sepi je dia duduk kat sana. Lalu aku menggelarkannya;

"Hamper yang kesepian"

Bergaduh dengan Belog

Bulan Ramadhan ini, aku kurang menulis sebab rasa terlampau banyak untuk dilakukan dalam masa ini. Seperti Contoh; Membuat status di fesbuk, bermain game berkebun di fesbuk, balas komen gambar di fesbuk, Men'ignore' Bestfrend, BFF, Fan apa jadah request di fesbuk dan lain-lain di fesbuk.

Fakta:

Oh, Ini dia tokey Fesbuk. Mark Zuckerberg, umur 25 tahun, billionaire, muke selenge, CEO, dan pakai sweater dan selipar je pergi kerja. Aku gelar dia, jutawan kemalangan. Sebab pada asal dia nak buat site sosial networking yang diberi nama, "Thefacebook" untuk budak-budak Harvard je. Lepas tu, tah macam mana kolej lain pun buleh nak terlibat sekali. Lepas tu merebak satu Amerika, lepas tu jadi fenomena "Ko ada fesbuk dok?" di seluruh dunia.

Aku paling tertarik dengan idea macam mana dia nak buat fesbuk ini. Punca nya, dia kena tinggal awek. Lepas tu dia kecewa, marah membara. Bengang nak mampus. Jadi, dia pun hack la satu website ini yang digelar Facemash. Website dalaman Hazvard yang membandingkan gambar yang mana hot yang mana tak hot. Dia hack-hack, sampai la dia hack data-data private admin Harvard. Dan akhirnya nya kantoi. Tapi tak kena tindakan. Dari situ lah dia start develop idea-idea dia. Sampai la jadi kegilaan ramai.

Tambahan: Dia kena saman pasal dia ubahsuai website ConnectU (dulu HarvardConnection), modified sini sikit, sana sikit untuk buat facebook. Ciplak idea, Curi coding programming, kononnya dia dituduh. Tapi ada cakap-cakap kawan dia tikam dia dari belakang (Pepatah, Bukan tikam betul-betul). Kira dia dah kaya,baru la ada orang nak claim macam-macam. Entah la. Aku pun tak tahu, sekadar dengar khabar angin. Tapi bende ni dah setel, 65 Juta diberi secara stock saham,kebanyakan 20 Juta diberi tunai. - Terima kasih kepada Sham yang ingatkan pasal ini.

Tambahan Lagi: dengan cerita, dia nak buat movie pasal Mark ini, macam mana dia starting buat facebook. Casting utama dia, O'shia. Alah yang berlaku cerita transformer tu. Muka diorang pun lebih kurang sama kan?

Owh

Owh..

Owh.

Owh..

Owh..

Owh..

Owh..

Owh..

Owh...

Owh..

[Amacam? Berseni tak entri aku kali ini. Hahaha. Nanti, ada masa, aku tulis betul-betul. Hu-hu.]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails