Pages

Hidup Ini Randum: Gambar Randum

Tak kesah lah kalau dah ada orang tengok ke. This is my blog. I can post whatever that i want. And Make it Intersting. - Tarmizi Idham

Photobucket



Photobucket

Diari Pendek

Penyelia menegur aku mengenai rambut ku yang panjang mencecah bahu. Syarahan beliau amat panjang dan juga lebar. Dan hujung syarahan, beliau meninggalkan satu soklan untuk aku.

"Bila rambut awak nak pendek?"

Aku jawab sambil buat muka ketat.

"Malam ni saya sedut rambut saya masuk dalam kepala. Esok pendek lah"

SPM & Keputusan

Esok pasti kecoh dengan berita, suratkhabar menemuramah pelajar-pelajar SPM yang cemerlang. Dia punya ayat mesti sama je. Seperti contoh;

"Saya amalkan study group, saling bertukar nota, bertanya kepada guru, pang pung pang pung pung, solat hajat selalu. Tak tinggal solat. pang pung pang pung pang pung....(lagi yang positif). Akhirnya saya peroleh kejayaan ini"- Badrulhisham bin Husin, pelajar SPM 10A1.

Tapi aku mahu yang lebih. Lebih cemerlang dari di atas. Seperti,

"Tahniah kerana berjaya dalam SPM 2008 dan merangkul anugerah pelajar cemerlang SPM 08. Bagaimana adik lakukan?" tanya salah seorang penemuramah di sidang media itu.

"Saya hanya makan, tidur, makan, tidur. Tolong-tolong mak sikit. Tengok TV. Petang pulak, saya pergi main bola sampai maghrib. Malam pulak, saya tengok tv sambil chat dengan kawan-kawan guna internet. Kadang-kadang saya layan Football Manager. Jadi pemilik kelab yang durjana. Pecat - pecat manager. Semalam saya buka-buka tv je, tengok ada menteri umum saya jadi pelajar cemerlang SPM 08. Padahal saya tak ambek pun SPM lagi" kata Mohd Hilmi Nadas bin Yahya.

Denda Dalam Kenangan

Hari ini taip sikit je lah - Darkk

Aku pernah kena denda "Dilarang tulis karangan selama sebulan" sebab tulis karangan kontrolversi. Padahal cikgu koyak buku. Sebulan lepas tu baru aku beli buku baru. Aku anggap denda lah tu.

Agak-agak, kalau cikgu tu baca blog aku ini. Dia nak koyak tak blog aku? Kalau dia koyak, bulan depan lah aku beli blog baru.

Twitter Yang Terlupa Password Twitter

Hari ini bermicro blogging menggunakan blogspot.

"Kenapa tak guna twitter dan sebagainya?" satu suara mencelah.

"Kalau kau tahu password twitter aku. Kau tolong lah update twitter aku. Kerana aku pun sudah lupa password"

Sambung,"Nak buat akuan setaraf dengan twitter yang lain-lain, aku terasa malas. Aku tak berapa gemar dengan internet social networking ini"

"Bukan ramai pun yang nak berkenalan dengan aku. Kalau aku ada pun pasti lupa password."

Mail kata dengan ego nya. Heh. Ego Mail tidak ke mana. Aku kenal benar dengan Mail. Biarkan dia. Aku membiarkan Mail.

30 Minit Kemudian...

"Cilakak. Comel pulak awek ni. Ada Facebook je tuh. Friendster tak dak. Cilakak". Mail berzikir Cilakak.

Respon itu berlaku apabila dia terlihat sedang Sordi sibuk melayan seorang gadis di Facebook.

"Terpaksa Aku buat Facebook" Mail terpaksa.

Filler Rumah

Pagi tadi, aku turun dengan gembira. Melihat bonda ku sedang membasuh pinggan dengan ceria. Aku pandang bonda ku lantas bertanya,

"Buat mende gok, bonde?" Aku berdialek Beserah

"Duk joget" Dia balas sambil basuh pinggan.

Keh.Keh. Aku ketawa lalu aku menolong adik ku memotong sosej. Adikku memotong sosej untuk dijadikan sarapan pagi. Ala barat sarapan makan sosej.

Aku minta nasi lemak. Adik aku hulur kunci kereta. Dia cakap;

"Mu gi la beli sendiri, Aku wak cang-cang doh. Demang"

"Ho la - Ho la. Aku makang la. Gurau sekek dok leh"

Keh.Keh. Aku ketawa lalu pergi mandi.

10 Komen, 10 Hari, 10 Cerita - Tiga

Aku baru tahu yang cerita Setem arahan Kabir Bakti ni best jugak. Ada Afdlin Shauki dan Rashidi Ishak. Lepas tu Que Haidar jadi watak bodoh-bodoh. Aku suka tengok Que Haidar jadi watak bodoh cam dalam cerita Zombie Kampung Pisang dan Rock sebab aku rasa dia sangat menjiwai watak bodoh. - Darkk

Semalam, dalam perjalanan aku nak pergi kerja. Aku dah pikirkan 3 cerita untuk sambung cabaran korang. Tadi pun ada 2 lagi cerita aku pikir jugak. Sekarang ada lagi 3 cerita. Semua aku pikir dalam bentuk point-point. Cam buat karangan dulu, cikgu suruh buat rangka karangan. Aku tak buat. Aku pikir dalam otak je.

Hajime suh sambung cerita cikgu yang marah. Cam haram jugak ending dia. Aku pun dah pikir jalan cite die. Kalau dia buat dari Point of View dia, dan Yoh pun buat dari Point of View Yoh. Aku nak buat dari Point of View seekor lalat, atau cicak, atau pun point of view dari Cikgu John tu sendiri. Yang mana-mana lah. Semua bentuk P.O.V pun aku dah pikir.

Cerita sambung-sambung pun ada. Bersiri. Pasal budak Sekolah. Aku pernah buat dulu. Pastu terlupe. Haha. Itu pun aku nak sambung balek. Idea sudah ada. Nantilah aku sambung balek. Lepas tu, pasal cerita Mari Menonton pun ada lagi sambung dia. Aku ramal 4-5 siri baru abes kot.

Tapi apasal aku tak tulis tu semua sekarang? Dah la tu, rela tulis pasal ni?

Sebabnya, aku stuck pasal nak tulis cerita yang Paiseh komen. Dia kasi komen "dann kata kuncinya.??" . Camne nak buat cerita? Aku pening pale. Rase nak deman je. Aku togok 100plus 1.5 liter. Orang cakap bagus minum 100plus. Bapak aku pun rekemen. Ntah ape khasiat aku pun dok tahu.

Kepala pening. Mata ngatuk-ngatuk. Minum Kopi Ais pun mata ngatuk-ngatuk. Cam tak de kafein je dalam tuh. Ah, Aku tinggalkan korang dengan quote orang terkenal.

"Aku tersesat jalan percintaan! Tapi baru sahaja memilih jalan yang benar iaitu memilih untuk berkahwin denganmu" - Shin Chan. Dik Cerdas Volume 41.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails