Pages

10 Komen, 10 Hari, 10 Cerita - Tiga

Aku baru tahu yang cerita Setem arahan Kabir Bakti ni best jugak. Ada Afdlin Shauki dan Rashidi Ishak. Lepas tu Que Haidar jadi watak bodoh-bodoh. Aku suka tengok Que Haidar jadi watak bodoh cam dalam cerita Zombie Kampung Pisang dan Rock sebab aku rasa dia sangat menjiwai watak bodoh. - Darkk

Semalam, dalam perjalanan aku nak pergi kerja. Aku dah pikirkan 3 cerita untuk sambung cabaran korang. Tadi pun ada 2 lagi cerita aku pikir jugak. Sekarang ada lagi 3 cerita. Semua aku pikir dalam bentuk point-point. Cam buat karangan dulu, cikgu suruh buat rangka karangan. Aku tak buat. Aku pikir dalam otak je.

Hajime suh sambung cerita cikgu yang marah. Cam haram jugak ending dia. Aku pun dah pikir jalan cite die. Kalau dia buat dari Point of View dia, dan Yoh pun buat dari Point of View Yoh. Aku nak buat dari Point of View seekor lalat, atau cicak, atau pun point of view dari Cikgu John tu sendiri. Yang mana-mana lah. Semua bentuk P.O.V pun aku dah pikir.

Cerita sambung-sambung pun ada. Bersiri. Pasal budak Sekolah. Aku pernah buat dulu. Pastu terlupe. Haha. Itu pun aku nak sambung balek. Idea sudah ada. Nantilah aku sambung balek. Lepas tu, pasal cerita Mari Menonton pun ada lagi sambung dia. Aku ramal 4-5 siri baru abes kot.

Tapi apasal aku tak tulis tu semua sekarang? Dah la tu, rela tulis pasal ni?

Sebabnya, aku stuck pasal nak tulis cerita yang Paiseh komen. Dia kasi komen "dann kata kuncinya.??" . Camne nak buat cerita? Aku pening pale. Rase nak deman je. Aku togok 100plus 1.5 liter. Orang cakap bagus minum 100plus. Bapak aku pun rekemen. Ntah ape khasiat aku pun dok tahu.

Kepala pening. Mata ngatuk-ngatuk. Minum Kopi Ais pun mata ngatuk-ngatuk. Cam tak de kafein je dalam tuh. Ah, Aku tinggalkan korang dengan quote orang terkenal.

"Aku tersesat jalan percintaan! Tapi baru sahaja memilih jalan yang benar iaitu memilih untuk berkahwin denganmu" - Shin Chan. Dik Cerdas Volume 41.

10 Komen, 10 Hari, 10 Cerita - Dua

Introduksi dimulakan dengan mencampak Edward Blake a.k.a The Comedian dari Apartment Mewahnya sangat mengujakan hati aku. Tidak lupakan juga watak psiko Rorschach yang sangat hebat - Darkk selepas menonton Watchmen.

Sejak kejadian itu, aku tidak lagi bertemu dengan Fasha. Dan Khabar nya dia telah menjadi seorang pelakon terhebat di Malaysia. Muka dia terpapar di dada akhbar dan majalah hiburan. Aku dengan hiburan seni Malaysia tidak berapa kacip. Aku lebih suka kepada dunia hiburan Jepun. Skirt mereka lebih singkat dan peha mereka lagi putih dari artis Malaysia.

Ah, Lupa pula nak perkenalkan aku. Nama aku Amir . "Amir!"- @tooney rooney. Nama penuh Amirull Sharif bin Ismail Saarof. Biasa dengan kawan-kawan diorang panggil aku Amir. Dekat rumah, mak pak panggil abang. Heh! Anak sulong la katakan. Gadis-gadis pun buleh panggil aku abang. Sila-sila lah amalkan panggilan abang itu kepada aku. Terhad pada gadis. Haha..

Aku sekarang berkerja sebagai guru Bahasa Melayu di sekolah Menengah yang tidak berapa glemer. Ah, masih segar lagi pertama kali aku melangkah masuk ke sekolah itu. Aku di sambut dengan meriah sekali. Hamparan karpet merah. Bunga Manggar, paluan kompang, bunga telur dan bermacam-macam lagi. Yang tak dak. Silat dan Pom-Pom Girl sahaja. Heh. Itu yang aku marah. Apa sal tak dak pom-pom girl. Mereka bukan tak tahu yang aku suka pom-pom. Hal itu menguris memori indah aku. *menitik air mata di pipi*

Sampai di sekolah itu, aku ditugaskan mengajar tingkatan 4. Kelas 4 Anggur. Peh. Ada lagi kelas nama buah-buahan ini yek? Aku rasa kelas paling pintar mesti nama Durian. Sebab Durian tu Raja Segala Buah. Aku pun tak tahu camna Durian buleh dapat Raja Buah. Sebab ada Duri kot? Ke ikut undi SMS? Huh. Kalau sebab duri, mesti kaktus jadi raja kalau dia buah-buahan. Kalau ikut undi SMS, mesti Mawi menang sebab dia raja SMS. "Awak, Awak Kelas apa?" . "5 Mawi". Pergh. Bapak tak sedap.

Waktu mengajar aku. Pukul Sebelum Rehat Hari Isnin dan Selepas Rehat Hari Rabu. Cabaran juga mengajar pada masa-masa tu. Sebelum Rehat, pasti budak-budak tak beri fokus sebab sudah ingat keenakan air sirap sejuk di kantin. Dan Selepas Rehat pula budak-budak tak beri fokus sebab tak tahan nak pergi Jamban angkara minum bergelen-gelen sirap sejuk di kantin. Huh, tak boleh jadi. Aku sebagai cikgu yang prihatin kepada murid-murid mesti membuat sesuatu.

10 Komen, 10 Hari, 10 Cerita - Satu

Adeh, susah juga nak buat cerita. Grammar lintang pukang. Entah Apa-Apa Entah Ntah Tah aku tulis. Bahasa tak best langsung. - Darkk

"Dah lama awak tunggu?" Gadis itu bertanya. Aku sibuk hendak membuka payung Avon itu, maka aku lebih fokus membuat tugasan itu. Jadi soalan itu tidak berjawab.

"Dah lama awak tunggu?" Gadis itu bertanya. Lagi. Nada Tegas. Perlu aku letak tanda seru barangkali.

Tika ini tugasan aku selesai. Aku boleh menjawab soklan itu. Ya,apa dia? tanya aku. Dah lama awak tunggu Fasha? tanya gadis itu buat kali ketiga. Soklan yang sama. Tak bosan ke? Aku tersengih.

"Dah lama jugak la. Ada dalam tiga minggu" sambil aku menunjukkan 4 jari aku. Cepat-cepat Fasha cubit aku dekat lengan sambil kata;

"Awak ni selalu camni. Fasha tanya serius. Awak main-main pulak" Gadis yang membahasakan dirinya Fasha itu memulas cubitan sampai aku rasa nak lempang dia. Sakit sungguh. Tapi aku tahan. Buat muka ketat. Tanda tak sakit. Kebal. Aku sengih dalam kesakitan. Sampai aku cakap Adeh baru dia berhenti pulas cubit tapi masih cubit lengan aku. Kemudian dia lepas perlahan-lahan.

"Baru 2 minit dah kata 4 minggu punya cerita" marah Fasha. Fasha marah. Lepas itu, Dia buat muka merajuk. Muka minta dipujuk. Aku jadi serba salah. Tak pujuk rasa bersalah. Pujuk, dia yang menang. Keputusan harus dibuat.

"Err..Jangan la camtu, Fasha. Tak elok merajuk" Ya, Aku pujuk dia. Ya. Dia menang. Aku kalah. "Kita kan nak pergi makan. Tak elok merajuk-merajuk ini. Berdosa. Kesian nasi tengok muka merajuk awak" aku kata. Ya. Lagi. Memujuk boleh menyebabkan seseorang itu berkata-kata yang tidak masuk di akal seperti nasi yang kesian.

Fasha masih buat muka merajuk. Muka minta dipujuk. Aku pujuk lagi, "Jangan la merajuk. Nanti saya belikan Fasha AisKream ok?" Kali ini pujuk aku tambah dengan unsur materialistik. Dengan harapan menjadi pujukan aku.

"Tak mau!" tegas Fasha.
"Kalau tak mau aiskream, ayam KFC nak?" aku tukar item.
"Tak mau"
"Beg Baru?"
"Tak mau"
"Kasut Baru?"
"Tak mau"
"Baju Baru?"
"Tak mau"
"Intel Core i7?"
"Tak mau"
"XFX ATI Radeon HD 4870 X2 2GB GDDR5?
"Tak mau"
"Nikon D90?"
"Tak mau"
"Honda Vios?"
"..."

Dia diam. Aku bimbang. Mungkin diam tanda dia tak mahu bercakap lagi dengan aku. Betul-betul punya merajuk. Aku bimbang. Aku guna modal akhir.

"Kalu camtu, Porsche 911 GT2?"

Riak Wajah Fasha berubah. Dia senyum sambil kata, Nak, Nak. Berulang kali. Celakak. Kata hati aku. Berulang kali.

"Awak mesti beli tau?" Fasha tanya dengan gembira
"Ye la. Tapi dengan syarat. Jangan merajuk da ek?"
"Huhuhu...eh, tadi mana merajuk. Fasha berlakon je la" Nafi Dalam Dusta Dia berkata. Celakak ,hati aku berulang kata.
"Eh, yeke berlakon? Macam real je? Hebat la Fasha berlakon" Aku Nafi dalam Dusta jugak. Celakak, hati aku berulang kata.

"Nanti saya kenal kan Fasha dengan pengarah filem-kawan saya. Mana tahu Fasha buleh berlakon filem nanti" aku sambung ayat tadi.
"Haha..betul ke awak? Terima kasih awak" sambil Fasha senyum.

Kasih diterima. Setelah adegan pujuk memujuk tamat, aku mengajak Fasha naik Hilux. "Jom" aku ajak. "Jom" Fasha ajak aku. Kami bergerak dengan berhati-hati. Seiring. Di bawah satu payung. Payung Avon.

Sampai di Hilux. Aku buka pintu untuk Fasha naik. Hilux itu tinggi. Fasha kena angkat kaki tinggi, selepas itu tolak badan ke atas. Aku pimpin tangan Fasha masa dia naik. Kemudian;

Bam!!. Lepas itu Gedebuk!!. Diikuti "Adoi Sakit nya!!". Fasha Jatuh. Macam Nangka Busuk.

Imbas kembali. Kepala Fasha terhantuk masa masuk kereta. Lepas itu dia hilang keseimbangan masa tolak badan di ke atas. Ingat tak yang aku pimpin tangan dia? Aku pegang tangan dia masa dia hilang keseimabangan. Aku panik. Lepas itu aku tertarik dia ke bawah. Lalu dia jatuh terhempas.

Macam Nangka Busuk dia jatuh. Ketika itu, aku sudah tahan gelak. Fasha tengok muka aku tahan gelak. Dia cepat-cepat lari masuk rumah. Aku tahu dia malu tambah bengang. Belum sempat aku cakap apa-apa, dia sudah hilang dalam pandangan aku.

*********************

Sejak kejadian itu, aku tidak lagi bertemu dengan Fasha. Dan Khabar nya dia telah menjadi seorang pelakon terhebat di Malaysia. Muka dia terpapar di dada akhbar dan majalah hiburan. Ada orang kata dia tukar nama dari Fasha Katijah kepada..

"Fasha Sandha?haha.." - Cik Belacan Melaka

Adeh, susah juga nak buat cerita. Grammar lintang pukang. Entah Apa-Apa Entah Ntah Tah aku tulis. Bahasa tak best langsung.

10 Komen, 10 Hari, 10 Cerita

Pagi itu hujan. Aku memandu Toyota Hilux kepunyaan bapa ku kerana Honda Vios ku tersadai di bengkel gara-gara hon rosak.

Pin, Pin. Aku menekan hon. Gembira aku dapat mendengar bunyi.Aku melihat jam tangan ku. Jam 11.50 pagi. Gembira aku bercampur bosan. Bosan menunggu.

Pin, Pin. Aku menekan hon. Lagi.

"Kejap, Kejap" Gadis itu bersuara dari dalam rumah. Tangannya melambai ke arah ku. Pagi itu hujan renyai-renyai. Campur dengan udara dari penghawa dingin kereta, aku boleh jadi beku jika dibiarkan menunggu lagi.

5 Minit Kemudian, kelihatan kelibat manusia keluar dari pintu rumah itu. Ya, penantian aku telah berakhir. Aku keluar dari kereta itu. Sambil menjinjit payung Avon, aku menuju ke arah pintu pagar. Tujuan aku? Supaya aku dapat menjemput gadis itu tanpa basah dengan menggunakan payung Avon.

Tamat Mukadimah

Cabaran Ku Terhadap Mu

Aku cabar kamu cabar aku tulis sesuatu yang kamu mahu. Tak kira lah benda itu wujud atau tak. Benar atau tidak.

Yang penting, apa yang kamu mahu aku tulis itu ada kaitan dengan masyarakat sekeliling. Aku tidak mahu tulis apa yang berkaitan dengan politik, agama dan bangsa kerana itu semua perlukan fakta. Momok, hantu, ngeri, bunuh-bunuh juga tidak layan. Anggap sahaja aku menulis hanya untuk hiburan.

Aku akan cuba menulis walaupun kamu hanya memberi kata kunci seperti contoh "Keldai", "Malu" dan lain-lain.

Sekian, Terima Kasih.

Edit pada March 4, 2009. Jam 5.51PM: Cabaran ini sepatutnya ditutup semalam. Last aku kira 8 Komen. Tapi atas dasar demokrasi terpimpin, aku tambah lagi 2. Sekian.

Sebelum Tidur

Sebelum tidur, biasanya aku akan mesej seseorang. Tanda aku ingat akan dia. Biasa satu mesej SMS sudah memadai, aku rasa lah. Walaupun satu mesej, aku tulis padat. Jangan terbazir nilai 1 sen mesej itu. Bukan kedekut tapi jimat.

Aku tulis (taip);

"Selamat tidur, Gadis. Moga tidur mu sempurna. Selamat tidur, Gadis. Moga mimpi indah bersama. Selamat tidur, Gadis. Moga esok lebih dari semalamnya. Selamat Tidur, Selamat Malam. Moga hari indah sentiasa. Salam."

Aku menekan butang Send dengan pantas, tanpa bicara.

******************************

Teet!! Kedengaran bunyi mesej masuk. Bunyi dari luar bilik ku. Kemudian suara orang terbahak-bahak ketawa. Gila. Kemudian itu orang menjerit-jerit memanggil nama aku.

"Hahaha!!! Jiwang ah ko siot. Tapi jiwang-jiwang apasal kau hantar mesej kat aku. Aku bukan gadis la" terang Sordi. Bahak Sordi disambung keluar rumah.

Aku terdiam sepi dengan pantas tanpa bicara.

.....

Sebelum tidur, biasanya aku akan mesej seseorang. Tanda aku ingat akan dia.

Dalam Kenangan

Selamat Tinggal Wahai Peneman. Jasa mu akan ku kenang sampai bila-bila.

p/s: Sekarang dua kali ganda lagi sepah. Hahaha. Busy Punyer Pasal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails