Tak boleh nak embed sebab guna mobile blogger
Ikenie to Yuki no Setsuna HYPE!
Tak boleh nak embed sebab guna mobile blogger
Muncul
Sudah lama tak menulis blog sejak dah bekerjaya. Balik kerja main game. Tiba tiba tengah bermain game. Saya dikejutkan dengan satu berita tidak baik.
Character level 70 Hardcore Monk yang well gear untuk grind Torment 10 dalam Diablo 3 mati.
Mati dibunuh Matreal (?)
Maafkan saya Luvik (Nama Monk saya). Saya bukan sengaja.
Lepas dia mati. Saya buat character baru. Dah level dia sampai 40. Kemudian malas nak level dah.
Saya main Softcore character Wizard je sekarang.
#PrayforMH370
A father mourns - Hamid Ramlan, a 56-year-old policeman living in the capital Kuala Lumpur, tells AFP that his daughter, 34, and son in law, 24, were on the flight.
"My wife is crying. Everyone is sad. My house has become a place of mourning. This is Allah's will. We have to accept it. But we will from tonight hold special prayers for Allah's help. I want to see my daughter and her husband who were on the flight to Beijing for a holiday," he says.
"There was no premonition that something bad will happen. I drove them to the airport. We hugged and my daughter was so happy to go on the trip. Being a policeman over 33 years, this is my worst day," he adds.
Some 10 people have gathered inside their small police apartment quarters to offer condolences with more expected to come - Source
2014
Randum
Mungkin mereka sebahagian megatron punya konspirasi.
#2
Saya bukan lah pandai dalam bahasa jepun. Tapi sikit bait kata nahu dalam jepun saya faham. Cuma. Tak sepandai dia. Dia dapat A katanya dalam bahasa jepun masa zaman U. Cuma zaman belajar U saya tak diwajibkan untuk bahasa ketiga.
Kalau kena belajar pun, dapat B. Rasanya.
Kami meluncur laju di lebuhraya. Di lebuhraya yang sekali sekala ada kereta lain lalu. Bertemankan lagu di corong radio.
Sekali sekala ada lagu kegemaran saya.
Sekali sekala ada lagu kegemaran dia
Sekali sekala ada lagu kami ter'sing along'.
Sekali sekala kami diam
Sekali sekala kami menyanyi kembali.
Saya acah tanya. "Aishiteru tu apa?" Kebetulan, ada bait lagu jepun yang sebut 'Aishiteru'.
Dia jawab, "Shiteru tu bertemu. berjumpa. Rasanya."
Saya ulang soklan. "Aishiteru apa maksudnya?"
Dia cakap. "I love you."
Saya balas. "I love you too."
Saya saja pura tak tahu.
Hai
Maaflah. Saya mengecewakan awak dengan blog tanpa entri baru.
Lain kali saya update. Lain kali ya?
#1
Kejap kejap. Dia tengok handpon. Kejap kejap. Dia tengok handpon. Tekan punat di bahagian kanan. Kemudian tekan kembali.
Selang 1,2 minit. Dia tengok handpon.
Risau, gundah.
Smsnya tak dibalas. Cuma yang diharapnya,
"Hey. Awak. Saya tak bizi. Jom kita keluar."
Itu saja harapannya. Takda lah dia termenung lama, tangan di atas dahi. Mengeluh.
Lama. Lama dia tunggu.
Sampai sekarang (2 jam lebih) tak ada balasan. Patutkah dia talifon? Kalau talifon, nampak seperti mendesak.
Dia tak mahu penerima sms terasa terdesak. Dan dia mahu jadi gentleman.
Tapi sekurang kurangnya kasi tahu lah ok ke tak.
Ah! Penyiksaan adalah penantian.
Robot Hati
Hey kau ambik lah hati aku. Masih punya perasaan. Kata aku kepada robot.
Hmmm... Hmm... Hati kau ke ni?
Yep, aku balas.
Lalu dia ambil dan campakkan hati aku ni.
Biar lemas. Dia kata.
Kemudian dia terbang ke awan hitam.
Inspirasi #1
Hey. Kadang kadang kita ada imaginasi untuk gaya hidup simple. Sofa bed dan meja kecil. Oh tak lupa. Bennie Cushion.
Reviu Cincai: CZ12
CZ12 adalah Chinese Zodiac 12. Dalam kelandar fahaman orang China. Tiap tahun ada wakil binatangnya tersendiri dan difahamkan tahun ini wakilnya ada naga.
Ya. Naga. Dragon. Auuum. Ok. Tipu. Itu macam harimau.
Cerita ini menceritakan cerita tentang seorang pencuri barang antik yang cuba mengumpulkan 12 barang antik mengikut zodiak kalendar.
Ya. Tipikal Jackie Chan. Lawan lawan, jatuh terlentang. Belum lagi campur terhentak tiang gigi bertabur.
Semua lengkap.
Tapi jalan cerita ini adalah terabur. Terabur gila. Macam random. Semua sentimen dia nak letak. Semua bahasa dia nak guna. Macam tak berfokus.
Kejap jadi pencuri. Kejap jadi national treasure. Kejap jadi hero.
Bertabur. Ya. Macam tulisan ini lah. Apa gila ke engkau. Lama tak menulis reviu. Kucar kacir jadilah hendaknya.
Tapi siapa kisah jalan cerita. Kan? Kau nak tengok Jackie Chan berpusing. Lepas tu Ziana Zain menyanyi off tempo. Apa gila Ziana ni weh? (Entri ini ditaip semasa menonton Vokal Final)
Saya syak Jackie Chan membawa watak watak baru atau pelakon dari akademi dia sendiri. Kerna terdapat seorang makwe ini pandai gila berlawan walaupun scene itu tak penting langsung.
Namun begitu, lawan lawannya adalah lengkap. Kejap atas air. Kejap dalam hutan. Dan yang paling power adalah atas udara. Gila weh. Jackie Chan turun dari langit, berkungfu. Landingnya pulak tak pakai payung terjun. Saya percaya itu semua adalah tanpa bantuan komputer.
Apa apa pun, bagi saya. New Police Story masih lagi power.
Saya salute Jackie Chan untuk aksi lasak yang power dan filem ini merupakan filem lasak aksi terakhir untuk dia. Dia dah tua. Bizi nak masuk parti politik pulak. Kah kah kah.
Bintang? 3.1/5
But I
Do you know something?
Something lil' thing about you that i know?
Yes. I will tell you.
I love you. Yes. I love you very much. From bottom of my heart.
I wish I can freeze this moment. So that I enjoy the happy feeling being around you.
But, I can't be selfish.
I have to let you go.
Farewell my love, farewell my sun.
Farewell.
X.O.X.O.
Darkk.
Publish.
Lupa
Baru lah kita tak ada situasi yang awkward kan?
Apakah Ini Saya Tidak #01
Apakah Ini Saya Tidak...
September 2012
Bulan yang ramai kawan-kawan saya ada harijadi dan bulan harijadi saya juga.
Cuma bulan September kali ini ada pro dan cons.
Suka dan Duka lah kiranya.
Kali ini banyak jumpa semula (reunite) dengan awak-awak yang curi hati saya. Maksudnya, gadis-gadis yang pernah curi hati saya. Jumpa Mem Besar, Jumpa F, Jumpa Awak yang swit macam jagung.
Bukan bermaksud nak cuba hati-hati mereka semula. Cuma nak jumpa. Tanya khabar. Seronok bila saya tahu orang yang pernah curi hati saya ini bahagia dalam hidup mereka sekarang. Hey, mungkin kalu saya ada dalam hidup mereka mungkin tak bahagia. Siapa tahu.
Jumpa mereka at least juga, terubat sedikit luka September saya.
Pop!
Malam ini, tutup mata cepat cepat. Pagi, buka mata cepat cepat.
Harap esok hati bunga bunga. Atau sebaliknya.
Pop!
Luka September
"Sayang awak" sambung aku lagi. Mata pandang ke atas, air mata bergenang. Tangan mengeletar di belakang. Dan perasaan?
Rasa nak terbalikkan Kuala Lumpur.
Saya terjumpa lagi September yang melukakan.




