Dia mahu bercinta dengan Darkk. Tapi dia tahu yang Darkk itu imaginasi.  Gelap terang, gelap terang. Dia masih mahukan Darkk. Darkk imaginasi.  Atau pun dia.. boleh.. bikin.. Darkk.. jadi..
REALITI!
Untuk menghidupkan Darkk. Dia perlukan;
Sepuluh  nut dan skru. Empat kaki bangku. 50 liter air hujan yang jatuh atas  atap rumah anak yatim. Tiga batang choki-choki. Lima batang anak mancis.  Sebilah parang. Dan.. dan.. bahagian yang paling penting sekali..
Hati Darkk.
Ah.  Dia terlopong. Darkk imaginasi. Jadi hatinya juga imaginasi. Jadi  bagaimana dia mahu dapatkan hati Darkk? Di mana perlu dia pergi untuk  dapatkan hati Darkk.
Semangat dia mahu bercinta dengan Darkk  secara realiti berkobar-kobar. Desas-desus mengatakan, hati Darkk  sebenarnya wujud. Tapi wujudnya tiada bukti. Ada orang bercerita yang  hati Darkk disimpan oleh seorang yang realiti bernama Zawfaw.
******
Perjalanan  mencari Zawfaw bermula. Demi Darkk, semuanya demi Darkk. Dia  memang  cinta mati sepuluh keturunan pada Darkk. Siapa Zawfaw, dia belum  tahu  lagi. Istimewa sungguh Zawfaw kerana hati Darkk bersama dia.
Dipendekkan   cerita, dia jumpa Zawfaw. Tikus yang beritahu, tentang kehadiran  Zawfaw  di Padang Pasir Berapi. Penat dia berlari menuruni tangga-tangga  menara  Zugzwang berkejar mencari Zawfaw. Kata Tikus, Zawfaw pemuda  paling  comel di hati para gadis. Tikus pesan lagi supaya hati-hati,  takut  terjatuh cinta.
Dia ketawa. Sungguh-sungguh dia ketawa.  Tikus  tak tahu, cinta matinya pada Darkk. Zawfaw atau Fawwaz, dia tak  pandang  langsung. Kalau Darkk benar jadi realiti dan muncul di  Rotterdam,  sanggup dia ponteng kelas serta-merta. Tinggalkan pesakit  kanser  paru-paru, kanser payudara segala. Semata-mata untuk melihat  kelibat  Darkk di celahan tulip kuning di Keukenhoff. Ya, semata-mata.
Darkk   buat dia lupa pada realiti. Imajinasi tentang Darkk? Ah, terlalu  indah.  Terlalu manis, minum kopi pun tak perlukan gula lagi.  Hari-hari  lebih  ceria dengan Darkk di sisi. Sejak bila pun dia tak tahu. Sumpah,  dia tak  tahu.
Dia pergi dengan Larry. Hembus angin Padang Pasir  Berapi  sepoi-sepoi. Bukan macam gulung ombak dalam hatinya yang sedang  rindu  pada Darkk. "Sabar sayang, sebentar lagi kita bakal bertemu.  Lepas saya  ambil hati awak dari Zawfaw"  Begitu detak hatinya.
Dia  berdiri,  mencongak dalam kepala kos perjalanan ke Padang Pasir Berapi.  Hutang  lagi pada Larry. Satu suara menerpa gegendang telinga. "Hai,  saya  Zawfaw. Awak Namia kan? Saya mencari awak" Zawfaw mencari dia?  Indah  betul susunan takdir ini. Betul kata orang, kerja Tuhan siapa  tahu.
Tanpa  berpaling dia membalas, "Awak cari saya?" Dan  jawapan yang dia dapat,  "Seumur hidup saya, awak. Seumur hidup saya"  Dia berpaling dan  membenarkan ayat jatuh cinta pandang pertama. Bukan,  ini pandang ke  sejuta kali. Wajah Zawfaw sama seperti Darkk yang selalu  dia  imajinasikan.
Kredit: Perempuan Berkalung Sorban