Pages

Hehe.

You know the feeling when your comments on Youtube got people's attention and it's not even your own video?
It's a four letter word - AWSM

Can click. Yes, you can.

Mereka 2

Dia mahu bercinta dengan Darkk. Tapi dia tahu yang Darkk itu imaginasi. Gelap terang, gelap terang. Dia masih mahukan Darkk. Darkk imaginasi. Atau pun dia.. boleh.. bikin.. Darkk.. jadi..

REALITI!

Untuk menghidupkan Darkk. Dia perlukan;

Sepuluh nut dan skru. Empat kaki bangku. 50 liter air hujan yang jatuh atas atap rumah anak yatim. Tiga batang choki-choki. Lima batang anak mancis. Sebilah parang. Dan.. dan.. bahagian yang paling penting sekali..

Hati Darkk.

Ah. Dia terlopong. Darkk imaginasi. Jadi hatinya juga imaginasi. Jadi bagaimana dia mahu dapatkan hati Darkk? Di mana perlu dia pergi untuk dapatkan hati Darkk.

Semangat dia mahu bercinta dengan Darkk secara realiti berkobar-kobar. Desas-desus mengatakan, hati Darkk sebenarnya wujud. Tapi wujudnya tiada bukti. Ada orang bercerita yang hati Darkk disimpan oleh seorang yang realiti bernama Zawfaw.

******

Perjalanan mencari Zawfaw bermula. Demi Darkk, semuanya demi Darkk. Dia memang cinta mati sepuluh keturunan pada Darkk. Siapa Zawfaw, dia belum tahu lagi. Istimewa sungguh Zawfaw kerana hati Darkk bersama dia.

Dipendekkan cerita, dia jumpa Zawfaw. Tikus yang beritahu, tentang kehadiran Zawfaw di Padang Pasir Berapi. Penat dia berlari menuruni tangga-tangga menara Zugzwang berkejar mencari Zawfaw. Kata Tikus, Zawfaw pemuda paling comel di hati para gadis. Tikus pesan lagi supaya hati-hati, takut terjatuh cinta.

Dia ketawa. Sungguh-sungguh dia ketawa. Tikus tak tahu, cinta matinya pada Darkk. Zawfaw atau Fawwaz, dia tak pandang langsung. Kalau Darkk benar jadi realiti dan muncul di Rotterdam, sanggup dia ponteng kelas serta-merta. Tinggalkan pesakit kanser paru-paru, kanser payudara segala. Semata-mata untuk melihat kelibat Darkk di celahan tulip kuning di Keukenhoff. Ya, semata-mata.

Darkk buat dia lupa pada realiti. Imajinasi tentang Darkk? Ah, terlalu indah. Terlalu manis, minum kopi pun tak perlukan gula lagi. Hari-hari lebih ceria dengan Darkk di sisi. Sejak bila pun dia tak tahu. Sumpah, dia tak tahu.

Dia pergi dengan Larry. Hembus angin Padang Pasir Berapi sepoi-sepoi. Bukan macam gulung ombak dalam hatinya yang sedang rindu pada Darkk. "Sabar sayang, sebentar lagi kita bakal bertemu. Lepas saya ambil hati awak dari Zawfaw" Begitu detak hatinya.

Dia berdiri, mencongak dalam kepala kos perjalanan ke Padang Pasir Berapi. Hutang lagi pada Larry. Satu suara menerpa gegendang telinga. "Hai, saya Zawfaw. Awak Namia kan? Saya mencari awak" Zawfaw mencari dia? Indah betul susunan takdir ini. Betul kata orang, kerja Tuhan siapa tahu.

Tanpa berpaling dia membalas, "Awak cari saya?" Dan jawapan yang dia dapat, "Seumur hidup saya, awak. Seumur hidup saya" Dia berpaling dan membenarkan ayat jatuh cinta pandang pertama. Bukan, ini pandang ke sejuta kali. Wajah Zawfaw sama seperti Darkk yang selalu dia imajinasikan.

Kredit: Perempuan Berkalung Sorban

Mereka

Perempuan yang tidak mahu berpisah dan Lelaki yang tidak mahu meninggalkan.

Tetapi, kedua-dua mereka tidak bercinta.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails