Pages

Fikiran Ku, Cerita Ku

Aku terfikir hendak menulis cerita yang ada kaitan dengan robot, alam persilatan, zaman kegemilangan Melaka, peperangan antara galaksi ala Gundam, Star Trek dan kedai Mamak. Sudah lama aku fikirkan jalan cerita ini, biasa sebelum tidur. Sebelum menghantar SMS selamat malam kepada Lily, malah semasa menghantar SMS pun aku masih memikirkan jalan cerita itu.

Aku hanya ada cerita permulaan dan perakhiran. Perkembangan watak dan jalan cerita klimaks masih bersembunyi dalam otakku. Mungkin anda-anda buleh membantu. Ya, cerita ini bukan seperti Romatik Berdarah yang aku buat dahulu. Cerita ini lebih berat. Berat kerana aku memerlukan fakta yang tepat. Seperti kekuatan tentara kerajaan Melaka ketika abad ke 15 atau pun berapa pencak silat yang terulung ketika zaman kegemilangan Melaka.

Untuk babak masa hadapan, aku buleh tipu. Reka apa sahaja yang aku rasa seronok. Menghiburkan hati. Mungkin nanti sampai masa, cucu-cicit aku atau kamu pasti menjadikan apa yang aku reka/tipu menjadi realiti.

Sejarah adalah fakta. Kita tak buleh ubah fakta jika kita tiada bukti, saksi yang sahih.

Cerita yang aku fikirkan ini ada kaitan dengan Zaman Kegemilangan Melayu Melaka + Zaman Kegelapan Dunia. Lebih kepada fiction + non-fiction. Aku cuba masukkan elemen sejarah supaya ada part bosan (bagi budak sains). Elemen sains digaulkan sekali untuk menarik perhatian budak sains.

Mari baca apa yang difikirkan.

******

Permulaan

Tahun 3010. Perang Galaksi telah pun bermula.

Nadia mengaktifkan Mesin Pertempurannya iaitu sebuah mesin humanoid yang setinggi 14 kaki. Dilengkapi dengan penuh senjata. Laser, mata pisau cukur, pasu bunga dan lain barang yang boleh mencederakan pihak lawan turut dilengakapi di dalam mesin itu.

Dia menarik nafas dan melepaskannya perlahan-lahan. Sebelum itu, dia telah membaca doa menaiki kenderaan. Mesin Pertempuran adalah satu kenderaan jika tidak digunakan untuk bertempur. Nadia sering menyalahgunakan mesin itu jika hendak ke pasar atau balik ke kampungnya di Pulau Rusa, Kuala Terangganu. Katanya lebih laju dan tak perlu isi minyak kerana mesin itu hanya menggunakan tenaga solar. Oleh sebab itu jugalah, Nadia sering turun naik Mahkamah Tentera atas kes menyalahgunakan mesin pertempuran. Kini Nadia berada di tahap amaran terakhir kali pertama. Jika dia menyalahgunakan lagi, dia akan berada di tahap amaran terakhir kali kedua dan seterusnya.

Tamat Permulaan

******

Penamat

"Buat Teh Tarik Onee" jerit Alex kepada pekerja itu.

"Saya bukan tuhan. Saya tak buleh buat air" Pekerja itu membalas.

"Haduih la.. Bancuh la.. Bancuh. Silap cakap sikit pun, perli semacam."

Pekerja itu tersenyum lalu bergegas memberitahu kepada divisen membancuh air.

Dunia kembali aman. Tahun 3018

Tamat Penamat


Kan aku dah cakap. Itu sahaja yang boleh difikiran sekarang ini. Apakah ini yang dipanggil Writer Block? Hanya Intro dan Ending. Yang selebihnya?

Avakadabra: Hidup Itu Randum

1. Bosan.

Malam minggu pasti orang lain keluar jejalan. Aku juga pasti buat begitu. Menonton wayang barangkali. Street Fighter? Bergh..tak mungkin. Filem Adaptasi Video memang kureng. Baca sahaja reviu filem ini. Tak sampai 3/5 bintang filem ini dapat. Niat aku luntur.

2. Reviu Jom Heboh, MITC, Ayer Keroh, Melaka. Celaka.

Tak best langsung. Semua artis yang muncul seorang pun aku tak kenal. Aku terpaksa bertanya kepada gadis Hotlink yang aku tidak kenal untuk mengetahui siapa artis yang sedang membuat persembahan di atas pentas. Booth-booth tidak banyak. Tambahan lagi hujan. Lepas hujan. Haram tak best. Toksah pergi. Orang ramai datang menyemak. Trafik Jam. Aku nak keluar pegi makan pun payah.

3. Y!M Pingbox

Awas kepada Gadis-gadis. Bahawasanya aku telah memerhati lelaki yang meletakkan pingbox ini hanya mahu memerangkap kamu untuk berborak dengannya.

4. Apahal aku terasa berdebar-debar lain macam ini?

Momentum Terakhir: Malam Sepi

Malam itu sepi. Tiada gangguan bunyi cengerik. Tiada deruan angin kuat. Tiada bunyi kuali. Tiada bunyi bising dari budak-budak Myammar kerana mereka dipaksa berkumpul di padang oleh pihak berkuasa. Polis atau Imegirsen atau Rela, aku pun tidak pasti pihak berkuasa yang mana berkuasa itu. Yang pasti bukan aku. Tak kuasa aku nak menyuruh mereka berkumpul di padang. Jadi malam itu berasa tenang setenangnya.

Aku, Sordi dan teman serumahku, Faizal sedang asyik menonton TV. Bukan senang kami hendak dapat masa untuk menonton TV bersama-sama. Rancangan Gadis Melayu kalau tak silap ketika itu. Semua khusyuk menonton walaupun masa iklan. Tidak berborak. Menonton TV ketika itu ibarat sedang menjawap peperiksaan. Kalau tika itu TV ditutup, bunyi jarum jatuh pun buleh didengar.

Tiba-tiba Sordi memecah kebuntuan sepi;

"Apa kau rasa, kalau kau dah mengorat gadis separuh mati. 5, 6 tahun masih mengorat gadis yang sama. Tanpa Erti putus asa. Kerja Kuat. Guna macam-macam cara, taktik. Tapi masih tak dapat-dapat lagi. Apa kau rasa?"

"Rasa cam Tupperware" spotan Faizal.

Aku terdiam. Sordi tunduk seperti faham dengan jawapan Faizal. Dalam beberapa minit menunduk, dia bangkit bersiap memakai baju dan berseluar. Tergesa-gesa bersedia untuk keluar. Dalam Sordi tengah kekalutan, aku bertanya kepada beliau.

"Weh, kau nak pergi mana? Kalut semacam je"

"Aku terlupa malam ini ada parti Tupperware kat rumah nenek aku"

Momentum Terakhir

Pengurus: Mintak maap. Saya tak perlukan pembantu sekarang ini. Tak banyak kerja.
Peminta Kerja: Tak apa Tuan. Lagi pun, saya orang yang tepat untuk kerja ini. Encik tengok. Saya tak perlu buat banyak kerja.

********

Cikgu: Berapa Umur Ayah awak?
Murid: Sama baya dengan saya.
Cikgu: Ah, cam mana buleh sama dengan awak?
Murid: Dia jadi ayah sejak saya dilahirkan. Saya anak sulong.

*******

Kriteria isteri idaman adalah:

1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.

3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercaya sangat penting.

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat isteri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain.

Mari Tonton V

Tepat 4.55 petang, barisan panjang terbentuk. Terdiri daripada golongan kanak-kanak, pemuda, makcik, pakcik, uncle, autie, atuk, nenek dan tiada perdana menteri, timbalan menteri termasuklah ketua pembangkang. Semua membuat muka tidak sabar masuk panggung padahal ada lagi 5 minit lagi waktu masuk panggung.

Saya tidak terlibat dalam sesi beratur memberatur ini kerana pada hikmah saya, masuk awal pun bukannya wayang abis awal. Tapi saya pernah keluar awal dari panggung masa tengok death note 2 sebab nak ambek kawan saya. Lagi pun Death Note 2 bapak tak best langsung. Maki-maki juga saya tengok cerita itu. Tak caya tanya Macha. Dia berada di tempat kejadian.

Lagi sebab saya tak beratur masuk wayang, bukan ada orang buleh rampas tempat duduk saya. Sia-sia sahaja saya mintak kakak tu seat baek, tengah dan buleh tegur orang buat maksiat. Kalau ada orang rampas tempat saya. Pasti saya terbakar satu badan dan buleh menyebabkan kebakaran di dalam panggung. Kebakaran ini pasti merebak ke panggung-panggung yang lain. Kalau saya tak terbakar pun, pasti ada orang melayang ke bawah tika sedang orang lain tengah syok tengok trailer-trailer awal.

Saya bukan panas baran tapi sekadar memperjuangkan hak dan kepentingan orang melayu. Keadah agresif dan babarik digunakan untuk menyelesaikan masalah dengan cepat berbanding mengajak mengadakan perbincangan, memorandum persefahaman, mesyuarat yang hanya memakan masa dan wang ringgit. Lagi pun sempat pulak saya buat meeting time nak tengok wayang. Tak de keje..

bersambung...

Mari Tonton IV

Tinggal 30 minit lagi untuk masuk ke panggung. Saya harus naik ke atas kembali. Berlegar di lobi cinima. Agar tidak terlepas waktu menonton.

Tangga bergerak automatik ku naiki. Tenang. Tidak gelabah. Jika tidak tenang aku mungkin tersadung di kaki tangga dan menyebabkan aku menjadi perhatian masyarakat sekeliling. Aku tidak suka menjadi popular sebegitu rupa dan aku pula tidak suka membuat lawak secara pergerakan bodoh seperti pelawak-pelawak di malaysia.

4.45 petang. Ah, masih awal. Masa untuk memerhatikan gelagat manusia. Hari ini terdapat ramai manusia berpusu-pusu bersama keluarga. Bermacam ragam, bermacam kerenah. Terdapat juga manusia berpasangan. Mungkin masih menyambut Hari Kekasih. Ceh, kekasih tak perlu satu hari yang istimewa. Hari-hari adalah hari kekasih. Tak perlu ikut budaya barat.

Barisan panjang telah dibuat untuk memasuki panggung sedangkan baru pukul 4.50 petang. Ini lah manusia. Jika hiburan, keseronokan dan makan, mesti hendak "on-time". Jika belajar, pergi masjid dan dengar ceramah agama, pasti lewat 30 minit pun tidak apa.

bersambung...

Mari Tonton III

Sambungan dari Mari Tonton II

Lalu saya abaikan kehilangan budak kecil itu. Lagi pun tak dak kerja saya nak kejar dia. Nanti tak sempat pula masuk panggung. Bukan budak kecik itu yang bayar tiket saya. Saya sendiri yang bayar.

4.30 petang. Saya curi-curi pandang tengok jam awek yang entah saya tak kenal lalu lalang. Nasib baik saya terer curi-curi pandang ini tapi dalam exam tak reti pula. Mesti tak dapat tiru kawan sebelah. Terpaksa saya tarik kertas jawapan dia. Tiru saya berjaya. Lagi sebab saya tak tanya terus dengan awek tu jam berapa sebab saya takut. Saya takut dia marah saya. Perempuan mesti marah kalau tanya jam berapa. Alasan mereka, saya guna taktik lama nak mengorat. Perasan. Lagi pun saya malu.

Bersambung..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails