Pages

Mari Tonton II

sambungan dari Mari Tonton I

Perjalanan berjalan untuk ke toko buku tidak lah selama 2 jam. Hanya berberapa minit sebenarnya. 5 minit kot. Entah. Saya rasa sekejap je. Ke Bukan? Agrh, tak kesah la berapa minit. Janji tak buleh solat jamak.

Tiba di sana saya memerhatikan buku dan beberapa majalah yang cuba memikat hati saya untuk membeli mereka. Saya terpikat dengan satu majalah PC ini. Kulit majalah menarik. Ada gambar Google Chorome. Saya tak buleh tengok majalah yang ada gambar software-software baru ini. Rasa nak beli. Tapi saya tak beli. Saya tengok je. Sebab majalah itu berbungkus dengan plastik. Tak dapat saya baca secara percuma. Lalu saya berlalu pergi.

Sedang saya sedang berlalu pergi, saya terjumpa seorang budak kecik. Umur 11 tahun, harap betul saya teka umur dia. Saya perhatikan dia. Dia perhatikan majalah PC yang sama saya perhatikan tadi.

Dalam hati saya terdetik, "Pergh, kecik-kecik dah minat software-software ini". Ya, saya cemburu. Mana tak cemburu. Masa kecik-kecik dulu saya diajar membaca dengan membaca Alam Pewira, Dewata Raya dan Anak-Anak Wira. Bapak saya suruh. Dia cakap tatabahasa dalam majalah tu betul. Tak tahu la. Kalau dia tipu saya, kira saya tipu kamu orang lah. Bapak saya dulu cikgu. Ketua Panatia Bahasa Melayu lagi. Lalu saya percaya.

Tiba-tiba budak kecik yang saya sedang perhati itu berlalu pergi. Saya tak tahu kenapa. Saya cuba kejar dia tetapi tidak berjaya. Dia lesap entah ke mana. Mungkin mak dia panggil. Tapi tak dengar pula, suara siapa-siapa memanggil dia.

bersambung...

Mari Tonton I

Wayang + Kanak-kanak = Bapak tak best. Itu pandangan saya mula-mula nak masuk panggung tadi. Ramai betul mak bapak bawak anak-anak menonton. Saya beli tiket untuk tanyangan pukul 5.00 petang. Dia tulis kat situ sold out. Tapi saya tanyakan juga, sebab tak kan la betul-betul penuh. Saya datang seorang je. Mesti ada. Saya yakin. Dan nasih saya baik. Nasib baik saya tak kenyit mata kat akak jual tiket tu. Kalau tak, dia mesti ajak saya tengok midnight punya session. Bukan saya tak mahu tapi saya malu.

4.15 petang. Baru saya sedar saya tak bawak handpon. Tak bawak Handpon = Tak bawak jam. Jadi saya tak buleh merewang dan merempit jauh-jauh. Takut nanti saya masuk sesi tayangan pukul 7 malam. Untuk menggelakkan saya mundar-mandir dan berpusing setempat, saya terpaksa bergerak juga. Aim saya. Toko Buku.

bersambung...

Sebab & Kenapa

Sebab-sebab anda tidak tulis entri baru;

1. PC rosak

2. Sibuk dengan kerja

3. Malu nak pinjam pc kawan.

4. Bergaduh dengan tokeh CC

5. Keyboard rosak dan on-screen keyboard tak best

6. Merajuk

7. Air Tebu dah habis

8. Rindukan ibubapa

9. Sibuk main Monopoly

10. Kekeringan idea menarik

11. Kredit Handpon Habis

12. TMnet Potong Streamyx

13. Malu

14. Malas

15. Sahaja buat orang rindu dengan blog dia

16 & Seterusnya anda buleh tambah di ruangan komen. Aku no 1 & 2 je. No 7 pun buleh guna. Tapi malu nak cakap. Ah, malu ada kat no 13. Err..*sambil menutup muka dengan komik Crayon Shinchan edisi Bahasa Melayu* Anda Bagaimana?

p/s: Aku ingat nak buat tutorial bergambar tapi tak best ar guna pc orang lain. Tengah tunggu kelulusan dari pihak tertinggi untuk beli PC baru.

"Beep, Beep, Beep". PC Kecil Ku Berbunyi

Argh. Aku malas nak cerita apa-apa. PC aku rosak. Dem. Kena beli PC baru. Motherboard PZZSTT..Kebaboom..Wiiwiwiwiwi..

Tapi aku nak kongsi ilmu. Pengguna Desktop buleh aplikasi. Ini kaitan dengan bunyi beep masa mula-mula anda on PC anda.

Pahami bunyi beep PC anda.

1. Takda beep

Anda tak on pc memang tak dak beep. Tapi kalo anda dah tekan tapi tak berbunyi beep, masalah mungkin tak dak power, power supply rosak, sambungan kabel tak rapat. masalah CPU atau Motherboard.

2. Beep Satu Kali

PC anda segar bugar. Sedia berkhidmat untuk anda. Tak dak masalah. Buleh terus main YM dan baca blog secara lompat-lompat.

3. Beep Beep ( Beep berbunyi dua kali)

Ah, yang ini ada masalah. POST/CMOS ada masalah. POST/CMOS ini penting sebab tak dak benda ini, pc tak buleh masuk Window. Tak buleh masuk Window maknanya tak buleh guna la pc.

4. Beeeeeeeeeep, Beep ( One Long Beep, One Short Beep)

Ha. Bunyi ini lah yang meranapkan hari segar bugar PC aku. Bunyi ini jugak lah membunuh PC aku. Kalau bunyi pesen itu, itu tandanya masalah Motherboard atau name manja MOBO. Periksa la MOBO tu. Aku dapat rasakan tanda-tanda duit aku melayang beli MOBO baru.

5. Beeeeeeeeeep, Beep, Beep (One Long Beep, Two Short Beep)

Itu masalah kat video. Kalau ada masalah video ni, payah. Takkan nak main hentam saja tekan mouse gambar dok keluar.

6. Beeeeeeeeeep, Beep, Beep, Beep (One Long Beep, Three Short Beep)

Masalah sama dengan no 5 punye. Video.

7. Beeeeeeeeeep, Beeeeeeeeeep, Beeeeeeeeeep (Three Long Beep)

Hoh, chek lengan anda letak kat mana. Mana la tahu terletak atas keyboard ke. Sebab kalau bunyi camni, masalah keyboard. Kalau tak letak tangan atas keyboard tapi bunyi gak. Jangan repair keyboard. Beli baru. Sebab Keyboard Murah je.

8. Beeeeeeeeeeep, BeeeeeeeeeeepBeeeeeeeeeeepBeeeeeeeeeeep, .....sampai mati (Repeated Long Beeps)

Ah, itu masalah RAM. Memory. Periksa betul. Mana tahu RAM tak rapat. Kalay tak rapat, rapat-rapatkan la. Biar kemas, supaya rasa berbaloi beli RAM.

9. Beep Bunyi Kuat, Bunyi Selow secara bersambung-sambung (Continuous Hi-Lo Beeps)

Ah, itu tandanya CPU anda sudah kepanasan tahap maksimum. Henti-hentikan la main komputer tuh. Guna 24-7 memang buleh rosak PC. Pergi tengok NONA tu. Ada info best. Perkahwinan Diraja mana tah saya tak tahu.

Sumber Ilmu di petik dari PCSTATS atau pun tak paham jugak korang buleh pi tanya kat JomPHP website pasal komputer berbahasa melayu.

Sedikit Sebanyak ada juga hikmah di sebalik PC rosak ini. Aku buleh berkongsi dengan ilmu dengan korang. Jadi sekarang sapa nak tumpangkan aku pergi humban PC aku kat Sungai Melaka?

p/s: sapa-sapa yang nak gambar zirafah comel yang aku tunjuk hari tu atau pun gambar stail comel-comel cam tuh buleh pergi kat website di bawah.

www.pixelgirlpresents.com

Hidup Ini Randum II

Tiada yang menarik selain menarik diri dari membelanja orang. Yeah!! - Darkk

1. Ah, kebelakangan ini aku kurang memberi memberi tumpuan kepada blog aku sendiri angkara sibuk dengan aktiviti luar alam maya. Alam Maya hanya aku singgah jenguk-jenguk sahaja. Kerana aku memerlukan tumpuan 100% tahap petala langit untuk menyiapkan kerja aku.

2. Ah, kamu orang apa khabar? Di harap sihat hendaknya. Walaupun mungkin ada yang membaca blog ini ketika kena kerja pada hari Sabtu, Selamat Menyambut Hari Sabtu. Ah, tiba-tiba saya rasa nak makan sushi. Jom. Ah, budaya Ah sedang mengular dalam diri ini. Adakah aku terpengaruh dengan Sordi?

3. Internet down? Sila jangan pandai-pandai kata kabel internet anda rosak. Periksa dulu. Mungkin anda tercabut plug modem semata-mata nak pasang plug charger handpon.

4. Handpon pun satu. Apasal tak dak handpon yang bateri dia tak payah charge. Tahan cam umur kita. Kalau kita mati, baru bateri tu mati. Kalau kita sakit deman, bateri tu meragam skit. Baru best.

5. 3 Benda Boleh Buat Aku Marah; Internet Down, PC Rosak dan Makanan Lambat Sampai. Elakkan membuat lawak bodoh ketika aku mengalami situasi yang dinyatakan sekiranya anda masih ingin tinggal di bumi.

6. Dragon Ball Evolution Cam Taik. Aku nak buat cerita baru. Chicken Ball. Cerita dia bermula camni;

Dunia sudah mula hura-hara akibat ketidakstabilan ekonomi, politik dan alam sekitar. Disebabkan itu, harga ayam meningkat secara mendadak. Nasi Ayam Bebola menjadi idaman semua kerana ianya dapat meningkat kuatan. ahar.adasldamsdlakdjadkm.

7. Writer Block. Buleh dok?

Bahaya!! Anjing!!

Photobucket

Ah, kan dah cakap anjing ini bahaya. Elakkan membela anjing kerana mereka hanya akan menyusahkan jiran-jiran anda.

p/s: Ah, aku betul-betul tak dak mood nak menulis. Sebab mood menulis blog aku beralih kepada menulis report. tapi pen lak tak dak

Aku & Dilema

Aku pernah mengatakan dulu bahawa setiap 30hb aku akan berubah menjadi kucing. Tetapi tidak bulan ini kerana aku tidak akan bertukar kepada kucing. Apakah sebabnya? Anda buleh berfikirkan sendiri.

Sudah lama aku tidak mengupdate, purata manusia keluar masuk mengunjungi blog aku masih tidak berkurang. Maaf. Aku tidak mahu mengecewakan manusia-manusia tersebut.

Apa kata kamu semua lihat gambar aksi ku ketika menjadi kucing pada bulan-bulan yang lepas.


Aku yang mahir berjalan di atas air, Hebat dok?

Dah mahir jalan di atas air, aku terbang. Lagi Hebat dok?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails