Bandar Melaka Menangis

Familia dengan muka remaja itu. Lalu, sialan itu mula memanggil remaja. Remaja, remaja, panggil si sialan itu.

Remaja berpaling lalu berpaling ke hadapan. Semula.

Sialan tak puas hati. Dia sudah jadi marah, mukanya merah, menyala ibarat seekor naga jahat yang sedar dia ditipu penjual burger yang tidak meletakkan mayonis dalam burger spesel yang diorder.

Lantas, dia mengejar remaja itu, dan dalam sela masa itu, dia telah berkira mahu menerajang pinggang remaja, menghentak remaja dengan bahu. dan mengheret kepala remaja keliling Melaka. Satu Melaka kalau buleh. Singgah di Jonker Walk kejap. Beli Keychain. Dan sambung seret kepala.

Tiga, Dua, Satu. Lompat.

Sialan lompat dan menerkam si remaja. Lalu, jatuh lah remaja. Berdarah la kepala si remaja sedikit.

Tapi si remaja tak apa-apa. Masih okey. Steadi, readi dan go. Kepala yang berdarah, ditutup dengan tisu. Entah mana dapat tisu. Itu tak tahu. Remaja bangun dan mulakan adegan berdialog dengan sialan yang masih terbaring, tak berjaya bangun akibat pedih tangan terseret tar jalan.

Remaja: Weh, Apa hal? Lu gilak ka?

Sialan: Weh, kau la apa hal. Aku panggil tak dengar.

Remaja: Lu sapa? Panggil-panggil gua. Lu kenal gua ka? Gua tak kenal lu.

Sialan: Kenal la. Lu artis kan? Zed Zaidi? Kan?

Remaja tersipu malu, lalu melarikan diri cepat-cepat. Sambil itu, dia menjerit malu.

ARGGGHH!!! Malunya. Lebih kurang itu lah jeritan itu. Sialan dengar sayup-sayup jauh.

Dan petang itu, Bandar Melaka Menangis Lebat.

8 ANDA BAGAIMANA?:

siggplus

zed zaidi sapa?penyanyi ke?

gua klik mr potato lu

jo

jumpa zed zaidi pun nak terkam-terkam ka?

dewajiwa

remaja lagi kaa mamat tuh weh?
heheh. siul best entri nih. lawak je.

macha_sezs

kenapa perlu zed zaidi?

kenapa?kenapa?kenapa!!!

Darkk

sigg,
entah. mana gua tahu. tengah taip datang idea.

jo,
hoh. gua tak tahu la. kalo lu, mungkin lu terkam kot. Haha. :)

dewajiwa,
remaja entah. gua tak pasti. nanti lu tolong cek ya?

Macha,
Sebab itu kan artis favourite lu. Gua tahu lu malu nak mengaku.

Haha.

kaxx

zed zaidi? kejap aku google. apa pasal dia ada blog juga?

Darkk

Kaxx,
Itu artis favourite Macha. :)

Ries Lee

kenapa tak zaibo..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails